Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ibu Bapa & Guru...

KANGAR - Ibu bapa dan guru khususnya perlu memahami kaedah pembelajaran yang telah...

Video: Lelaki Berbasikal Masih...

SEPERTI diberi nyawa kali kedua.Seorang lelaki dari wilayah Zheijiang, Beijing mengejutkan dunia apabila...

Tak Dapat Makan Kari,...

SEORANG wanita berusia 30 tahun didakwa ditembak mati oleh suaminya dan kari adalah...

Matrade Mahu Lebih Agresif...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersedia untuk lebih agresif...

Polis Marin Rampas Beras Seludup Bernilai RM34,150

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas beras seludup seberat 8,342 kilogram bernilai RM34,150 dalam tempoh empat hari Ops Gelora Khas dilancarkan di negeri ini bermula Sabtu lepas.

Timbalan Komander PPM, Supt. Mohamad Pajeri Ali berkata beras tersebut yang dipercayai diseludup dari negara jiran dirampas di lapan premis perniagaan di sekitar Wakaf Bharu di sini dan beberapa pengkalan haram di Sungai Golok yang menjadi sempadan Kelantan dan wilayah selatan Thailand.

“Beras tersebut diseludup oleh anggota sindiket yang menggunakan perahu untuk berulang-alik lebih 10 kali sehari menyeberangi Sungai Golok bagi mengangkut beras yang mendapat permintaan tinggi di negeri ini,” katanya kepada pemberita di Markas Operasi PPM di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata sebanyak 14 orang berumur antara 28 dan 58 tahun ditahan untuk siasatan berkaitan beras seludup berkenaan.

Dalam operasi sama, pihaknya turut merampas 35 kotak ayam beku seludup bernilai RM4,200 di pangkalan haram Sungai Golok di sini dan di Tok Bali, Pasir Puteh namun tiada suspek ditahan.


Beliau berkata pihaknya akan meneruskan operasi itu bagi membanteras kegiatan penyeludupan yang dijangka meningkat menjelang Hari Raya Aidilfitri pertengahan bulan depan. – BERNAMA

Kategori