Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Pahang Lupus Dadah...

KUANTAN - Polis Pahang memperoleh kebenaran mahkamah bagi melupuskan 763.32kg pelbagai jenis dadah...

Mangsa Banjir Di Kota...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Komuniti...

Najib Bantah Jual, Tutup...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Najib Razak membantah sebarang rancangan untuk menjual...

Malindo Air Mula Operasi...

MELAKA - Syarikat penerbangan Malindo Air hari ini memulakan operasi di Lapangan Terbang...

Polis P.Pinang Jangka Peratusan Undi Awal Lebih 90%

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menjangkakan peratusan yang keluar mengundi bagi pengundian awal untuk anggota dan pasangan polis di negeri ini melebihi 90 peratus.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata sehingga 10 pagi, sebanyak 31.18 peratus telah mengundi sejak pusat pengundian awal dibuka 8 pagi tadi.

“Setakat ini, semua proses berjalan lancar dan kami harap ini akan berterusan sehingga selesai,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sehingga 10 pagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata 31.7 peratus atau 3,682 orang daripada 11,613 pengundi awal di Pulau Pinang telah mengundi.

Sejumlah 31 pusat mengundi awal dengan 45 saluran dibuka di seluruh negeri hari ini bagi proses mengundi awal.


Pengarah SPR negeri, Md Fuad Mohd Sherif berkata daripada jumlah pengundi awal di Pulau Pinang itu, sebanyak 6,136 merupakan anggota polis dan pasangan, manakala 5,477 ialah pengundi awal daripada anggota tentera serta pasangan. – BERNAMA

Kategori