Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kisah Isteri Korea Fasih...

KOTA BHARU - Ketika tiba di pekarangan rumah di Kampung Padang Bongor, di...

“Menteri Kuarantin 3 Hari,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelonggaran...

Lagu Ya Hanana Versi...

Kreatif betul orang-orang kelantan ini rupa-rupanya.Lagu nasyid Ya Hanana sememangnya amat popular dan...

May Gesa Dedah Segera...

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini menggesa kebenaran segera didedahkan...

Polis Rampas Dadah Pelbagai Jenis Bernilai RM98,676

KUCHING – Polis Sarawak merampas dadah pelbagai jenis bernilai kira-kira RM98,676 dalam dua serbuan berasingan di daerah Sibu dan Kuching semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal berkata rampasan itu merupakan hasil perkongsian maklumat risikan di antara Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor bersama pasukan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sibu.

Beliau berkata dalam serbuan pertama pada pukul 9.20 pagi di sebuah rumah di Jalan Layang-layang, Sibu, polis menahan tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 19 dan 73 tahun.

“Hasil pemeriksaan polis menemukan bungkusan kotak berwarna hitam yang disyaki dadah. Ia didapati mengandungi 20 balutan aluminium yang setiap satu balutan mengandungi 50 biji pil disyaki dadah jenis ekstasi,” katanya dalam sidang media di IPK Sarawak, Jalan Badruddin di sini, hari ini.

“Keseluruhan dadah pil ekstasi itu berjumlah 1,000 biji dianggarkan seberat 473.41 gram, dan nilai rampasan adalah sekitar RM80,000,” katanya.

Amer berkata pada 11 pagi hari yang sama, serbuan kedua dilakukan oleh pasukan khas JSJN IPK Sarawak di sebuah rumah di Samariang, Petra Jaya.


“Menerusi serbuan itu kami menahan tiga lelaki berumur antara 22 dan 27 tahun, serta merampas dua bungkusan mampat disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 2.094 gram dan enam peket plastik lutsinar berisi ketulan disyaki syabu dengan anggaran berat 16.70 gram, yang masing-masing bernilai RM14,000 dan RM4,676.

“Hasil saringan awal air kencing juga mendapati dua daripada suspek yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Katanya, kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati. – BERNAMA

Kategori