Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Ini Gantung Kelapa,...

SEORANG wanita yang mendakwa dirinya seorang pakar dalam perhubungan seks, Kim Anami turut...

Korea Utara Patut Terima...

KUALA LUMPUR - Nama Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un,...

Kelakar Alasan Jho Low...

LUCU... UMNO menyifatkan alasan Pakatan Harapan (PH) menjadikan Jho Low punca kegagalan tunai...

Daftar Kenderaan Persendirian Jadi...

PUTRAJAYA - Cadangan Kementerian Pengangkutan untuk mewajibkan pendaftaran kenderaan persendirian yang digunakan sebagai...

Potong Gaji Menteri Langkah Baik – Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR – Keputusan kabinet untuk memotong 10 peratus daripada gaji asas menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini adalah satu langkah yang baik, kata aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata berkata inisiatif itu menunjukkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan mengamalkan kepimpinan melalui teladan selaras dengan harapan tinggi yang diletakkan rakyat ke atas mereka.

“Pemotongan gaji ini tepat pada masanya untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan membantu kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau berharap kerajaan turut mengambil kira nasib petugas agensi yang dibubarkan termasuk kemungkinan mereka diserap oleh jabatan lain.

Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jemaah menteri hari ini, Dr. Mahathir mengumumkan pemotongan gaji pokok menteri sebanyak 10 peratus serta pembubaran agensi-agensi “tidak perlu” seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Majlis Profesor Negara dan Jabatan Hal Ehwal Khas. – BERNAMA

Kategori