Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MH17: Belanda Selar Rusia...

THE HAGUE - Menteri Luar Belanda, Bert Koenders telah menuduh Rusia sengaja menyebarkan...

Buat Aksi Superman, Tiga...

BAYAN LEPAS: Tiga penunggang motosikal ditahan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong...

Guna Nama PMO Tindakan...

Kuala Lumpur : Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak yang...

Issey Dedah 3 Sebab...

PENYAMPAI radio Suria Fm Issey Fazlisham mendedahkan tiga persamaan yang menyebabkan orang ramai...

Program World #QuranHour Pada 7 Jun

KUALA LUMPUR – Program World #QuranHour yang menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran secara serentak selama satu jam akan diadakan pada 7 Jun bersamaan 22 Ramadan 1439H, bermula 11 pagi.

Program #QuranHour yang diadakan serentak di seluruh dunia termasuk di Arafah itu, akan berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Program yang masuk tahun ketiga itu bertemakan ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’ anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama 10 media tempatan, sebagai usaha meraih keberkatan 10 hari terakhir Ramadan.

#QuranHour adalah satu kempen untuk menggalakkan setiap individu membaca, memahami dan mengamalkan nilai-nilai dalam al-Quran.

Program itu menyasarkan 100 juta umat Islam di seluruh dunia akan berinteraksi dengan al-Quran pada hari tersebut. – BERNAMA

Kategori