Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agong Tinjau PKP Waktu...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar...

Gempa Sulawesi: 800 Jemaah...

KOTA PALU - Sekitar Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah bandar Kota Palu...

Pengasas Tukaran Mata Wang...

ISTANBUL: Pengasas Thodex iaitu platform tukaran mata wang kripto Turkiye yang melarikan diri...

‘Masuk Jawi’ Supaya Lebih...

Alor Gajah - Dua lelaki dewasa antara 24 masyarakat Orang Asli yang dikhatankan...

PRU14: PH Tawan Johor, Melaka, Negeri Sembilan

PETALING JAYA – Sejarah telah tercipta dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila Pakatan Harapan (PH) buat pertama kali berjaya menawan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), awal pagi Khamis mengumumkan PH menang majoriti mudah 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.

Senario sama berlaku di Negeri Sembilan, apabila PH diisytiharkan menang dan dapat membentuk kerajaannya sendiri selepas menang 20 kerusi, empat kerusi melebihi BN yang menang 16 kerusi.

Melaka turut jatuh ke cengkaman PH apabila parti itu menang majoriti mudah 28 kerusi DUN, satu keputusan yang tidak disangka.

Di Pulau Pinang dan Selangor, PH juga diumumkan mengekalkan kedudukannya.


PH menang majoriti mudah 25 kerusi DUN di P.Pinang manakala Selangor terus kukuh apabila menang 56 kerusi.

Di Perak, situasi agak genting apabila PH menang 29 kerusi DUN, BN mendapat 27 kerusi dan PAS menang 3 kerusi. Kerajaan campuran mungkin terbentuk di Perak jika PAS sedia bekerjasama dengan BN. – mStar Online

Kategori