Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gempar Bank Dirompak Di...

AIR Tawar Lima di Kota Tinggi digemparkan dengan kejadian samun di bank di...

Wardina: Pelajar AF Tak...

WALAUPUN kini sudah merantau jauh ke Australia, namun Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tetap...

Awek Pantai Timur Gaduh...

PENGGUNA laman penstriman video YouTube menggunakan nama Staff KV berkongsi tiga video pendek...

Wajah Pelakon Wanita Top...

FILEM Top Gun yang dihasilkan pada 1986 telah melonjakkan nama pelakon Tom Cruise dan...

Terdesak Takut Kalah, PH Terbit Analisis Palsu

KUALA LUMPUR – Ketakutan melihat sokongan dingin daripada orang ramai pada hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyebabkan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan dapatan-dapatan analisis palsu untuk membina keyakinan penyokong mereka.

Ini dijelaskan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd Zuhdi Marsuki dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Zuhdi, siri analisis ini diterbitkan oleh “proksi-proksi penyelidikan PH” untuk mewujudkan psikologi menang di kalangan mereka.

Baca: PRU14: Survei Senjata Akhir Pengaruhi Pengundi

“PPP melihat situasi ini telah menimbulkan suasana panik dalam kalangan pasukan strategis PH, justeru mereka mulai mengeluarkan dapatan-dapatan analisis yang bertujuan untuk membina ‘psikologi menang’ melalui proksi-proksi penyelidikan PH,” kata Zuhdi.

PH melalui kajian-kajian dilakukan oleh institusi yang digerakkan oleh proksi atau ahli mereka sendiri menerbitkan banyak hasil tinjauan dan kajian yang menunjukkan PH mendapat sokongan kuat pengundi dalam PRU14 ini.

Dapatan-dapatan ini diterbitkan dan disebar melalui media sosial sebagai sebahagian kempen mempengaruhi orang ramai, dengan cara menunjukkan potensi mereka untuk menang dan membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU14.

Bagaimanapun, menurut Zuhdi, pemerhatian menunjukkan PH mungkin kehilangan kerusi yang komposisi pengundinya melebihi 50 peratus pengundi Islam.


“Komposisi sokongan pengundi-pengundi Islam seperti ini memungkinkan PH kehilangan kerusi-kerusi yang mereka tandingi di 149 kerusi parlimen yang bermajoriti pengundi-pengundi Islam lebih 50% dari keseluruhan pengundi di kawasan tersebut,” jelas Zuhdi.

Menurut Zuhdi lagi, keadaan terdesak bagi PH ini telah menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengubah strategi dan mengambil pendekatan mesra terhadap bekas-bekas pemimpin PAS, dipercayai dengan tujuan menarik sokongan penyokong parti itu.

“Selain daripada itu, situasi terdesak ini menyebabkan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad, terpaksa merubah strategi, iaitu dengan memperakui jasa-jasa besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Noor,” kata Zuhdi. – Mynewshub.cc

Kategori