Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Video: Gempar Bila Jenazah...

LAMAN sosial Facebook dikejutkan hari ini dengan penyebaran video jenazah yang sedang dimandikan,...

‘Keputusan Speaker Tak Kosongkan...

Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat...

Tiga Wajah Kru Di...

Laporan berita tanpa kru barangkali hanyalah kiriman live audio melalui telefon. Tanpa kru,...

Tiada Syarat Tak Masuk...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada...

Puasa 17 Jam, Nabila Akur Jauh Dengan Keluarga

KETIKA semua orang bersemangat mahu menyambut bulan Ramadan bersama dengan keluarga, penyanyi Nabila Razali pula terpaksa akur apabila dia perlu berpuasa bersama krew produksi di bumi Turki selama hampir sebulan.

Disebabkan terikat dengan penggambaran drama Cintaku Di Bumi Izmir, Nabila yang juga merupakan seorang pelakon itu turut mula terbayang bagaimana agaknya situasi apabila dia perlu berpuasa sehingga 17 jam sehari ketika di sana.

“Ini kali pertama saya berjauhan daripada keluarga dan berpuasa di tempat orang.

“Saya dimaklumkan umat Islam di sini berpuasa dalam tempoh panjang iaitu 17 jam sehari. Tak tahulah bagaimana saya akan melaluinya” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Ketika ini, penyanyi lagu Pematah Hati yang sudah berada di Turki itu turut berharap agat segala urusan akan dipermudahkan.

Dimaklumkan juga bahawa kemungkinan dia akan berpuasa di Turki selama dua hingga tiga minggu serta seminggu sebelum Aidilfitri, barulah dia akan pulang ke Kuala Lumpur.

Ulas bekas pelajar Akademi Fantasia musim-10 itu lagi, drama Cintaku Di Bumi Izmir yang turut dibarisi oleh Hefny Sahad dan Raysha Rizrose itu bakal melihatkan dia membawa watak sebagai Farah yang merupakan sahabat baik kepada Raysha.

“Saya jadi watak pembantu yang juga teman baik kepada Raysha. Berdasarkan skrip, kami adalah penuntut Malaysia di Turki. Kiranya, Farah adalah teman pada waktu susah dan senang,” ujarnya lagi.


Dalam masa yang sama, Nabila turut meluahkan rasa selesanya apabila dapat bekerjasama bersama penyanyi Khai Bahar selepas mereka menjayakan satu kempen produk kecantikan bersama-sama.

Nabila turut memuji bakat yang dimiliki oleh penyanyi lagu Luluh itu dan menganggap dia mempunyai masa depan yang cerah dalam dunia seni.

Malah, anugerah yang diperolehnya turut membuktikan bakat yang dimiliki itu seiring dengan populariti.

“Andai ada rezeki, saya tak akan lepaskan peluang berduet dengannya. Khai adalah penyanyi yang hebat,” tambah Nabila sebelum berangkat ke Istanbul. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori