Monday, January 6, 2025

Creating liberating content

Public Mutual Umum Agihan...

KUALA LUMPUR - Public Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Public Mutual Bhd,...

Adenan Alu-Alu Program Kerajaan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berterima kasih...

Pelajar Maut Tersepit Di...

Rakaman video menunjukkan sebuah lif yang rosak turun naik hingga menyebabkan seorang pelajar...

Van Gaal Percaya Manchester...

WEST BROMWICH, United Kingdom - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menegaskan pasukannya masih boleh...

Putin Gesa Hentikan Keganasan Di Gaza

MOSCOW – Presiden Russia, Vladimir Putin semalam menggesa keganasan di Gaza dihentikan, ketika berhubung dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menerusi telefon, kata Kremlin.

“Kedua-dua pemimpin membincangkan tunjuk perasaan besar-besaran di wilayah Palestin dan menyuarakan kebimbangan terhadap jumlah mangsa terbunuh yang tinggi.

“Russia menekankan kepentingan menolak keganasan dan keperluan menjalankan rundingan produktif dengan matlamat mencapai hasil dipersetujui bersama berdasarkan beberapa resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut Kremlin.

Dalam sidang media di Moscow, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov berkata, pihaknya tidak boleh menerima tindakan menggelar penunjuk perasaan yang dibunuh tentera Israel di sempadan Gaza sebagai pengganas.

“Saya tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa puluhan penduduk awam termasuk kanak-kanak dan bayi yang terbunuh dalam insiden ini sebagai pengganas,” kata Lavrov.


Penunjuk perasaan melakukan bantahan pada Isnin lalu, selepas Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis yang menyaksikan puluhan penduduk Palestin terbunuh ditembak tentera Israel.

Hamas yang memerintah Gaza berkata, kebanyakan yang terbunuh adalah ahlinya. Antara yang maut termasuk seorang bayi akibat terhidu gas pemedih mata bersama lapan kanak-kanak berusia di bawah 16 tahun. – AFP/BH ONLINE

Kategori