Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

5 Lelaki Cuba Lakukan...

SHAH ALAM - Lima lelaki dijatuhi hukuman penjara, sebatan dan denda di Mahkamah...

SPRM Terus Unggul Banteras...

KUALA LUMPUR - Bermula dengan hanya sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana...

Bakal Doktor Buka Restoran...

KULIM - Seorang bakal doktor wanita menarik perhatian ramai apabila membuka sebuah restoran...

Laporan Palsu Culik, Ibu...

IPOH: Polis akan menyerahkan kertas siasatan sekali gus dan menunggu arahan Timbalan Pendakwa...

Raja Salman Ucap Tahniah Kepada Dr. Mahathir

JEDDAH — Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, hari ini mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pemerintah Arab Saudi itu menzahirkan ucapan tahniah tersebut menerusi panggilan telefon dari Istana Salam di Jeddah.

Dalam perutusan tahniah itu, baginda turut memuji hubungan erat antara Arab Saudi dan Malaysia serta berharap ia dapat dipertingkatkan lagi dalam pelbagai bidang.

Menurut laporan SPA, Dr. Mahathir telah mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan menyatakan hasrat untuk terus mempertingkat hubungan dua hala kedua-dua negara demi kepentingan bersama.

Dr. Mahathir, 92, mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, dan muncul sebagai perdana menteri tertua di dunia. – BERNAMA

Kategori