Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hilang Di China Rupanya...

SELEPAS lebih 12 tahun dilaporkan hilang dan mati di China, seorang pelajar kolej...

Baru Sertai GV2, Farahdhiya...

TIDAK keterlaluan kami katakan, pelakon dan penyanyi Faradhiya merupakan antara peserta 'favourite' penonton dalam...

Tiket Piala AFF Mula...

SINGAPURA – Peminat Harimau Malaya berpeluang membeli tiket perlawanan untuk Piala Suzuki Persekutuan...

Baru 7 Minit Main...

JAKARTA - Tidak seperti kebiasaan, Presiden Indonesia, Joko Widodo sempat lagi mengisi masa...

Rakyat Mempersoalkan Pelantikan Lim Guan Eng

AKHIRNYA Lim Guan Eng mengangkat sumpah juga sebagai Menteri Kewangan. Apa sudah jadi dengan Rule of Law di bawah kerajaan rejim Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Nampaknya kerajaan baharu ini memang tidak peduli pertanyaan rakyat kenapa lantik Lim Guan Eng yang sudah pun didakwa di mahkamah kerana kes rasuah.

Di mana integriti dan kredibiliti sebuah kerajaan yang sebelum ini menjanjikan dalam manifestonya konon untuk memerangi rasuah habis-habisan. Ini “precedent” yang buruk.

Ye betullah dia belum didapati bersalah tetapi bukankah Guan Eng sedang dibicara. Dia ada kes dan dia ada pertuduhan melalui bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak SPRM sendiri.

Kini rakyat berhak berasa bimbang apakah proses pendakwaan Guan Eng akan digugurkan untuk menghalalkan pelantikannya sebagai Menteri Kewangan.

Kes Guan Eng dengan kes Khir Toyo ada persamaannya. Kedua-duanya membeli rumah banglo di bawah harga pasaran. Tetapi dakwaannya ialah si penjual mendapat benda lain sebagai balasannya.

Akibat kes tersebut, Khir Toyo bukan sahaja terpaksa meletakkan jawatan tetapi juga didapati bersalah dan telah menjalani hukumannya. Sebaliknya Guan Eng dilantik pula sebagai Menteri Kewangan.

Persoalannya mana Bar Council? Mana BERSIH? Mana Transperancy International Malaysia? Mana Ambiga? Mana parti-parti dalam PAKATAN yang selama ini kononnya jaguh anti rasuah. Ini termasuk parti DAP.


Kenapa ada double standard. Kalau betul bermaruah, mereka sepatutnya mendesak Guan Eng supaya jangan terima jawatan menteri tersebut.

Ambil contoh mudah, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendesak supaya semua parti dalam Pakatan menolak permohonan YB Richard Riot, ahli Parlimen Serian yang juga bekas Menteri Sumber Manusia untuk menyertai parti mereka.

Alasannya bekas Setiausaha Politik kepada Riot telah ditahan SPRM kerana isu rasuah. Masalahnya yang disiasat adalah Setiausaha Politik beliau dan bukan Riot. Tetapi kenapa Richard Riot yang dicop sebagai penjenayah.

Dalam kes Guan Eng, dia adalah orang yang dituduh dan didakwa, maka kenapa orang kuat DAP seperti Chieng Jen tidak mendesak perlantikan Guan Eng dibatalkan. Inilah hipokrasi kerajaan Pakatan.

Mohd Puad Zarkashi
23.5.18

Kategori