Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Strategik KR1M 2.0...

KUALA LUMPUR - Kerjasama strategik yang dibentuk antara pengilang, pengeluar dan pengedar dalam...

Kerajaan Lulus Pembangunan 10...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan pembangunan 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)...

Ayah Maut Depan Mata

KANOWIT - Pilu hati seorang anak melihat ayahnya maut di depan mata selepas...

12 Lagi Kluster Baharu...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 12 lagi kluster baharu...

Rakyat Perlu Bersatu Bina Semula Negara – Wan Azizah

KUALA LUMPUR – Kerajaan memerlukan sokongan rakyat untuk membina semula negara demi masa depan yang lebih terjamin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu bersatu padu dan bersama-sama kerajaan untuk melakar masa depan negara.

“Menang atau kalah itu adalah biasa dalam pertandingan namun, yang penting adalah kita bawa negara kita ke tahap lebih baik lagi.

“Yang menang mestilah rakyat. Yang menang adalah kita bersama untuk masa depan yang kita lakar bersama,” katanya pada Majlis Iftar Perdana di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam di sini, hari ini.

Turut hadir suami beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri Pandan Indah Izham Hashim.


Dr Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Pandan berkata kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 diperoleh kerana tujuan, amalan dan niat pakatan itu yang ikhlas untuk memimpin demi masa depan negara. – BERNAMA

Kategori