Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sibu Sedia Terima Kawasan...

SIBU - Sibu, pintu masuk ke kawasan tengah Sarawak, bersedia untuk mendapatkan kawasan...

Suspek Utama Kes Letupan...

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri disambung reman tujuh hari bagi membantu siasatan...

Saksi Diarah ‘Bina Semula’...

SHAH ALAM - Seorang saksi perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle...

Ahli Politik Dipanggil Bantu...

KUALA LUMPUR - Setiap tindakan polis dalam memanggil mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya...

Ramai Benci ‘Roza’ Dayana Gembira Lakonan Berjaya

WAJAH pelakon Dayana Roza sering dilihat melakonkan watak wanita yang selalu dianiaya tetapi kini bakatnya sudah mula digilap dengan lebih apabila mula melakonkan watak antagonis dalam drama Cinta Fatamorgana.

Watak Roza yang dipegang oleh Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin itu sememangnya telah membuatkan penonton yang melihat berasa sakit hati dengannya sehingga ada yang berasa benci setiap kali melihat lakonannya dalam drama tersebut.

“Roza menjadi jahat bukan kerana mengejar cinta tetapi kesenangan hidup. Sasarannya adalah lelaki berusia yang berharta.

“Saya sukakan watak ini kerana ia berbeza daripada apa yang selalu dipertontonkan dalam drama Melayu.

“Roza sanggup melakukan apa saja asalkan dapat hidup mewah,” katanya ketika mengulas tentang wataknya dalam drama berkenaan.

Tambah pelakon berusia 27 tahun itu lagi, dia turut sering dikecam oleh netizen di media sosial tetapi dia langsung tidak pernah mengambi hati terhadap kecaman dan kritikan itu.

Baginya, apabila ramai yang membenci dan marah dengan watak Roza, itu bermakna lakonanya sangat berkesan sehingga menimbulkan rasa amarah kepada yang menonton.

Dalam masa yang sama, penonton sekali lagi bakal disajikan dengan watak antaagonis yang bakal dibawa olehnya menerusi drama Isteri Untuk Diiktiraf bagi saluran RTM tidak lama lagi.


“Dalam drama ini saya tampil sebagai Tengku Bella Donna. Watak ini diperkuatkan dengan gandingan saya bersama pelakon dan penerbit, Sheila Rusly.

“Nampaknya, saya mungkin akan terus dikecam penonton drama ini nanti. Tak mengapa, saya okey saja,” tambah pemenang tempat ketiga program Anak Wayang itu lagi.

Sebagai seorang pelakon, Dayana sedar bahawa dia perlu membawa banyak watak seandainya mahu bertahan lebih lama dalam industri seni tanah air.

Oleh itu, dia turut tidak kisah jika tahun 2018 merupakan tahun rezeki buatnya untuk membawa banyak watak antagonis.

“Bagaimanapun, saya lebih puas melakonkan watak antagonis kerana lebih diingati penonton.

“Watak Wani dalam drama Lara Aishah tahun lalu misalnya, sampai sekarang orang masih ingat dan sebut. Ia beri impak besar kepada karier saya,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori