KUALA LUMPUR – Sehingga jam 9 malam tadi, keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menguasai 10 kerusi Parlimen, DAP menang tiga kerusi, PKR dua kerusi dan calon Bebas satu kerusi.
Bagi keputusan tidak rasmi setakat ini, BN memenangi 33 kerusi, pakatan pembangkang di 20 kerusi dan calon Bebas memenangi satu kerusi. – BH ONLINE