Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mara Kelantan Diperuntuk RM34j...

KOTA BHARU - Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kelantan diperuntukkan sebanyak RM34 juta untuk...

Gejala ILI: 47 Pelajar...

TELUK INTAN - Seramai 47 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART),...

Anak Bekas Ketua Pengganas...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) meminta supaya isu Naib Presiden Parti Keadilan...

BWF Cadang Inisiatif Tingkat...

KUALA LUMPUR – Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan mencadangkan beberapa inisiatif semasa...

Redza Rosli Masih Masuk Kelas Lakonan

SALAH satu pengorbanan yang dilakukan oleh seorang pelakon itu ialah apabila dia sendiri bersedia untuk menyertai mana-mana bengkel lakonan bagi memperbaiki mutu lakonan yang sedia ada.

Hampir 10 tahun bergelumang dengan dunia seni, tetapi pelakon Redza Rosli tetap memasuki kelas jangka pendek sebagai langkah untuknya memantpkaan ilmu lakonan walaupun sering dipuji oleh pelakon senior yang lain.

“Saya terharu apabila dimaklumkan ada pelakon senior memuji lakonan saya. Pujian mereka adalah penghargaan atas segala usaha saya selama ini,” katanya dipetik daripada BH Online.

Bagi Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, dia akan menghadiri mana-mana kelas ataupun teater yang dikendalikan oleh pelakon berpengalaman sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Walaupun sering mendapat pujian daripada pelakon senior, jejaka berusia 26 tahun itu tidak mahu dirinya terleka dan terlampau selesa.

Sebagai anak seni, dia akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki kekurangaan diri dan menambah ilmu supaya setanding dengan pelakon hebat lain.

“Proses pembelajaran tiada tarikh luput. Selagi bernyawa, jangan malas untuk belajar. Disebabkan itu, saya cuba cari masa untuk berguru dengan mereka yang lebih berpengalaman,” tambaahnya lagi.

Baru-baru ini pelakon drama Ku Kirim Cinta itu turut menghadiri kelas bimbingan Zulhuzaimy dan daripada pembelajaran itu, dia mendapati bahawa terdapat banyak lagi perkara yang masih belum diketahuinya.


Seperti sedia maklum, peminat Redza sering tertanya-tanya tentang status hubungannya bersama dengan pelakon dan penyanyi kecil molek, Ayda Jebat yang dilihat semakin akrab.

Bagaimanapun, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kamelia Katrina itu menegaskan bahawa hubungan mereka berdua tidak lebih daripada sahabat baik sahaja.

Namun, sifat kelainan yang dimiliki oleh Ayda membuatkan mereka mudah untuk serasi bersama ditambah pula tarikh lahir mereka hanya selang sehari sahaja.

“Saya akui, kematangan Ayda membuatkan saya senang dengannya. Saya tidak punya ramai kawan, tetapi saya selesa mendekatinya. Cuma, saya berharap persahabatan kami tidak disalah anggap.

“Sebagai kawan yang lebih berpengalaman, dia banyak memberikan nasihat dan kami sering bertukar pandangan. Senang cakap kami serasi,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, banyak ura-ura mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta walaupun kedua-duanya menafikan apabila ditanya oleh pihak media. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori