Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Lelaki Maut Terjatuh...

PASIR PUTEH : Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut setelah terjatuh ke...

Harga Petrol, Diesel Kekal...

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal...

Annuar Sedia Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar...

Nak Tengok Showcase Siti...

SEBELUM ini kami ada menyiarkan tentang satu showcase Mother’s Day Miracle Night with Siti...

Reman Suspek Kes Amuk Disambung Seminggu Lagi

IPOH – Tempoh reman seorang pekerja penyelenggara yang ditahan berhubung kes tiga beradik maut akibat ditetak dengan parang di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Bagan Datuk, Khamis lalu disambung seminggu lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahya Abd Rahman berkata tempoh reman yang sepatutnya berakhir esok dilanjutkan bagi membolehkan polis meneruskan siasatan.

Beliau berkata pihaknya perlu mengambil masa untuk menahan suspek bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Polis bercadang untuk menuduh suspek di bawah dua seksyen iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala Seksyen 307 kanun yang sama kerana cubaan membunuh,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bubur lambuk kepada anggota polis dan orang awam yang turut dihadiri Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yahya berkata polis sudah merekodkan keterangan daripada mangsa yang terlibat kecuali ibu kepada tiga beradik itu yang putus ibu jari kanan dan pergelangan tangan kiri hampir putus akibat diserang suspek dan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Kita bagi peluang (ibu mangsa) menjalani proses rawatan dahulu dan difahamkan cubaan pihak hospital untuk menyambung tangan sebelah kanan yang hampir putus telah berjaya dilakukan.

Katanya hasil siasatan awal mendapati punca kejadian itu disebabkan perselisihan faham di antara suspek dan bapa kepada tiga beradik itu berkaitan hal kerja.

“Suspek merupakan seorang penagih dadah dan semasa kejadian keadaan mental suspek tidak begitu stabil disebabkan pengaruh dadah,” katanya.


Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, tiga beradik iaitu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, maut selepas ditetak seorang lelaki berumur 35 tahun dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Yahya berkata suspek yang merupakan kenalan kepada keluarga mangsa telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang dan kejadian itu turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali sebagai Aina, 9 serta seorang guru sekolah, Redhuan Embi, 32, yang kebetulan melalui kawasan itu ketika kejadian.

Sementara itu, Hasnan berkata 1,600 bungkusan bubur lambuk diedarkan kepada anggota polis termasuk orang awam di sekitar Ipoh hari ini.

Katanya program tanggungjawab sosial korporat itu yang dianjurkan setiap kali Ramadan melibatkan 200 anggota polis termasuk anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep) dan turut mendapat kerjasama daripada Maggi Malaysia yang menaja bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • amuk

Kategori