Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Haji: Elak Terdedah Lama...

JEDDAH - Jemaah haji Malaysia dinasihatkan supaya banyak minum air, elak terdedah terlalu...

Kawasan Selamat Pantai Batu...

KUALA TERENGGANU - Sempena Tahun Melawat Terengganu 2017, kerajaan negeri kini membuka beberapa...

Konflik Palestin-Israel: Mayat Kanak-Kanak...

BANDAR GAZA ā€“ Seorang kakitangan sebuah hospital di selatan Gaza mendedahkan bahawa pihaknya...

Agong Santuni Gelandangan Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Rezeki Makin Luas, Hael Mahu Kekal Rendah Diri

SABAN hari, penyanyi dan komposer berbakat besar Hael Husaini semakin mengecap populariti selepas banyak lagu nyanyian dan ciptannya meledak sehingga menjadi kegemaran ramai pendengar.

Bagi pemilik nama sebenar Hael Husaini Ramzi, dia sama sekali tidak akan melupakan rakan-rakan yang selama ini bersamanya dalam susah dan senang sepanjang bergelar selebriti.

“Popular atau tidak, saya tak akan melupakan rakan-rakan yang berada di samping saya. Saya mahu kekal merendah diri dan menjadi insan yang sama seperti dahulu.

“Mungkin perjalanan karier saya selama 10 tahun membuatkan saya rasa begitu. Kawan-kawan menjadi penguat semangat dan saya mahu kekal menjadi Hael yang sama,” ujarnya kepada portal Astro Gempak.

Dengan gelaran penyanyi popular yang disandangnya semenjak single Jampi itu menaikkan namanya, Hael menjadikan ia sebagai pembakar semangat buatnya untuk lebih berusaha di masa akan datang.

“Saya sendiri pun tak tahu jika saya popular. Bila orang berkata begitu, saya bersyukur sahaja dan perkara tersebut menjadi salah satu pembakar semangat untuk saya berkarya,” tambahnya lagi.


Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun itu masih mahu berusaha dengan lebih kuat bagi menghasilkan banyak lagi karya untuk memukau semua peminatnya.

Selain menjadi penyanyi dan komposer terkenal, rezeki bulan Ramadan telah menjadikan Hael sebagai duta wangian 8to8Ā dengan mengikat kontrak selama dua tahun.

Malah, produk berkenaan merupakan jenama pertama yaang telah menjadikan Hael sebagai duta mereka.

“Saya belum bersedia untuk mengeluarkan produk sendiri lagi. Namun begitu, saya tertarik untuk menjadi duta 8to8 kerana kualitinya yang baik dan saya sendiri menggunakannya,” katanya ketika ditemui di Mandarian Oriental Hotel KL. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori