Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Makhluk Asing Menonton Manusia...

SABAN tahun ramai yang bertanya adakah wujud kehidupan lain di alam semesta ini...

Video: Warga Australia Nyanyi...

VIRAL di laman sosial beberapa hari lalu klip video seorang warga Australia menyanyikan...

Jentera BN Diminta Turun...

SUNGAI BESAR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingkatkan semua anggota jentera...

Lubang Misteri 4 Meter...

KOTA KINABALU - Penduduk Kampung Rampai, Sikuati, Kudat dekat sini gempar menemui lubang...

Rombak Pemain Punca TRW Bakal Turun Liga Premier

KOTA BHARU – Rombakan pemain pada pertengahan musim Liga Malaysia (Liga-M) oleh Ketua Jurulatih, Fajer Ibrahim didakwa menyebabkan prestasi Kelantan kini antara tercorot dalam Liga Super.

Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Kota Bharu, Mohammad Zainy Mohd Zain berkata transformasi dengan menyingkirkan hampir 20 pemain sedia ada dan digantikan ‘ubi muda’ memberi kesan ketara kepada prestasi pasukan, termasuk berada di ambang penyingkiran ke Liga Premier musim depan, ketika ini.

“Kelab penyokong tampil bersuara apabila tidak begitu setuju dan gagal memahami perancangan bekas jurulatih Kebangsaan Syria itu terhadap pasukan Kelantan sehingga menyebabkan pasukan berada di tangga kedua tercorot (pada masa ini),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mac lepas, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membawa masuk jurulatih dari Timur Tengah itu bagi menggantikan Sathit Bensoh berikutan prestasi kurang memberangsangkan jurulatih dari Thailand itu.

Bagaimanapun, di bawah kendalian Fajer, Kelantan hanya memperoleh satu kemenangan, satu seri dan empat kekalahan selepas enam perlawanan.

Mengulas lanjut, Mohammad Zainy berkata menjual atau menamatkan kontrak pemain pada pertengahan musim adalah suatu perkara yang mengejutkan yang dibuat Fajer.

“Saya rasa tidak pernah berlaku dalam sejarah, sesebuah pasukan buang pemain sebegitu ramai ketika pasukan berada di pertengahan musim,” katanya.


KAFA juga dilihat tidak mempunyai semangat kerja berpasukan bagi membantu pasukan mencapai prestasi sebenar, katanya.

“Daripada pandangan penyokong seolah-olah hanya Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan yang sedang mempertahankan ā€˜kapal yang sedang dilambung ombak di tengah lautanā€™ ketika ini.

“Penyokong sedang memerhatikan dengan penuh minat episod-episod yang akan berlaku terhadap The Red Warriors dan KAFA,ā€ katanya.

Kelantan kini di tangga ke-11 liga selepas mengutip lapan mata dan berdepan tersingkir ke Liga Premier musim depan, jika gagal keluar daripada zon penyingkiran yang dihuni bersama pasukan tercorot, Negeri Sembilan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TRW

Kategori