Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gangguan Kesihatan Berlaku Lagi...

JOHOR BAHRU - Seramai 11 pelajar dari empat sekolah di Pasir Gudang dilaporkan...

Berdoa Persediaan Mental Juruterbang...

KUALA LUMPUR - Juruterbang telah dilatih dengan begitu komprehensif bagi  persediaan mental termasuk berdoa ketika menghadapi pelbagai...

Mengerikan! Wanita Maut Di...

TRAGIK... Seorang wanita muda maut selepas lehernya tersangkut di pagar besi penghadang pejalan kaki...

Pahang Sasar Selesai 90...

Kuantan : Kerajaan negeri menyasarkan masalah bekalan air di Pahang dapat diselesaikan sekurang-kurangnya...

Rompak: 2 Rakan Dipenjara 4 Tahun, 3 Sebatan

KUALA LUMPUR – Dua rakan masing-masing dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merompak secara berkumpulan seorang pemandu Grabcar, dua bulan lepas.

Tertuduh, Azirul Samsudin, 22, dan Abdul Manap Sabarin, 24, masing-masing merupakan penganggur menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes disebut semula di hadapan Hakim Zamri Bakar.

Mereka didakwa merompak Mohd Akmal Hakimi Othman, 28, dengan melarikan seunit telefon bimbit jenama Samsung J7 dan wang tunai RM100 di hadapan Flat Jinjang Baru, Sentul di sini pada 3.30 pagi, 18 Mac lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Mahkamah memerintahkan Azirul dan Abdul Manap menjalani hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkap 29 April lepas.

Terdahulu, kedua-dua lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan mereka mempunyai keluarga untuk ditanggung, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua lelaki itu telah menempah perkhidmatan Grab untuk ke Flat Jinjang Baru, bagaimanapun setibanya mangsa di Brem Mall, dia baru menyedari penumpangnya itu telah membatalkan tempahan berkenaan.


Mangsa bagaimanapun meneruskan juga perjalanan dan setibanya di Flat Jinjang Baru, seorang daripada tertuduh telah merangkul lehernya manakala seorang lagi mengambil barangan peribadi sebelum kedua-duanya melarikan diri sebelum ditangkap pada 29 April lepas.

Hasil risikan dan siasatan polis mendapati kumpulan penjenayah yang terdiri daripada lapan orang termasuk dua tertuduh bergiat aktif dalam menyamun pemandu Grabcar. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori