Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

SJKT Kekurangan Guru Subjek...

SEPANG – Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekolah jenis kebangsaan...

Menangani Perbuatan Ekstremisme Adalah...

KUALA LUMPUR - Kerjasama semua negara dan perkongsian maklumat yang diperlukan pihak berkuasa...

Kes Kecurian Motosikal Di...

KULIM - Kes kecurian motosikal di Kulim menunjukkan peningkatan iaitu 471 kes berbanding...

Rumah Tangga Kim K,...

KISAH rumah tangga pasangan selebriti terkenal antarabangsa Kim Kardashian dan Kanye West sekali lagi...

Ronaldo Sedia Bayar 14 Juta Euro Elak Dipenjara

CRISTIANO Ronaldo sanggup membayar sebanyak 14 juta euro kepada pihak berkuasa cukai Sepanyol dan mengakui kesalahannya dalam empat pertuduhan elak cukai untuk mengelak dipenjarakan.

Bintang Real Madrid itu dilaporkan menawarkan satu kertas kerja secara rasmi kepada Agensi Percukaian Sepanyol buat pertama kalinya.

Akhbar Sepanyol, El Mundo melaporkan Ronaldo telah menawarkan untuk membayar 14 juta euro kepada agensi terbabit dan mengakui empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Tawaran itu hanya akan dibayar sekiranya dia tidak dipenjarakan dan dakwaan terhadap penasihatnya termasuk ejen Jorge Mendes digugurkan.

Agensi pemugut cukai Sepanyol mendakwa Ronaldo mengelak membayar cukai sebanyak 14.7 juta euro yang dijana menerusi hak imejnya antara 2011 dan 2014.

Pihak pendakwa sebelum ini berkata mereka akan mendesak Ronaldo supaya melunaskan bayaran tersebut selain membayar denda yang dianggarkan bernilai 100 juta euro.


Jabatan Perbendaharaan Sepanyol bagaimanapun dilaporkan bersedia mempertimbangkan kertas cadangan Ronaldo dan belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

Jika jabatan tersebut menolak kertas cadangan itu, Ronaldo didapati bersalah dan boleh berdepan hukuman penjara selama tiga tahun.

Menurut majalah Forbes, Ronaldo memperoleh pendapatan sebanyak 69 juta euro pada 2017.

Bintang Portugal itu dilaporkan mahu menutup kes percukaian itu sebelum aksi sepak mula Piala Dunia yang akan membuka tiranya pada 14 Jun ini. – mStar Online

Kategori