Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Howto Influence Your Parents...

Your article is merely one part of your own application group. Are you...

Feri ‘Water Bus’, ‘Vehicle...

KUALA LUMPUR - Feri baharu jenis ‘water bus’ dan ‘vehicle transporter’ bakal digunakan...

Juventus Menang, Ronaldo Dibuang...

VALENCIA (Sepanyol) - Penampilan pertama Cristiano Ronaldo bagi kempen Liga Juara-Juara bersama Juventus...

QZ8501: Jabatan Penerangan Akan...

KEMAMAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau...

Royalti: Rakyat Terengganu Terima Manfaat

KUALA TERENGGANU – Rakyat Terengganu tetap akan menerima manfaat hasil nilai yang setara dengan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan, namun ia tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memikirkan kaedah yang sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Azan, yang juga Timbalan Pengerusi PH Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika ini tidak berhak menuntut royalti kerana terdapat halangan yang jelas dari sudut perundangan apabila kerajaan Terengganu sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional sendiri secara sukarela telah menarik balik tuntutan saman terhadap kerajaan persekutuan satu ketika dahulu.

“Oleh kerana pentabiran yang berbeza di antara kerajaan pusat dan negeri ketika ini, isu tuntutan hak pembayaran royalti kini hanya tertumpu kepada proses rundingan politik sahaja antara kerajaan PAS Terengganu dengan kerajaan pusat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyuarakan harapannya supaya kerajaan pusat tidak mengulangi kesilapan BN seterusnya menghormati Perjanjian Pembangunan Petroleum 1975 dengan mengembalikan bayaran royalti kepada Terengganu.

Kenyataan itu dibidas Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mahu kerajaan negeri menggunakan pendekatan lebih beradab sekiranya mahu mewujudkan kerjasama dengan kerajaan pusat khasnya berkaitan royalti minyak. – BERNAMA

Kategori