Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Takkan Nak Curi Seluar...

PELAKON yang popular menerusi drama rantaian Ku Kirim Cinta, Redza Rosli menjadi bualan...

Kafe Layan Pelanggan Umpama...

SEBUAH kafe di Jepun menawarkan perkhidmatan yang unik kepada pelanggannya iaitu Ore No...

Joko Widodo Selamat Tiba...

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa...

RISDA Hasilkan Makanan Ternakan...

DUNGUN – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) melalui syarikat...

Rugi Teruskan Liga-M Bulan Ramadan – Radhi Mat Din

BEKAS pemain Kedah dan kebangsaan, Radhi Mat Din menganggap Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M) rugi jika diteruskan sepanjang Ramadan.

Lapor Harian Metro, Radhi berharap keputusan meneruskan perlawanan bola sepak semasa bulan Ramadan ini perlu dikaji semula.

Malaysia Football League (MFL) sepatutnya lebih peka dengan merehatkan liga sepanjang bulan Ramadan bagi membolehkan komuniti bola sepak beragama Islam, sama ada pemain mahupun penyokong memberi tumpuan kepada amal ibadat.

“Ramadan datang setahun sekali dan hanya sebulan sahaja. Ia adalah bulan kebesaran umat Islam yang mana kita digalakkan meraikannya dengan memperbanyakkan amal ibadat termasuk yang sunat seperti solat tarawih.

“Tapi, apabila liga diteruskan, pemain dan penyokong sudah tentu tidak dapat bersolat tarawih bukan sahaja pada malam perlawanan malah sepanjang Ramadan kerana pemain terutamanya perlu menjalani latihan selepas berbuka puasa,” katanya.

Berdasarkan pengalaman Radhi, terdapat pemain sanggup meninggalkan puasa semata-mata mahu menjaga kecergasan terutama pada hari perlawanan.

“Pihak yang menyusun jadual perlawanan ini sepatutnya lebih peka. Apa salahnya mereka merehatkan liga selama sebulan untuk memberi peluang kepada umat Islam menumpukan perhatian kepada bulan mulia ini.


“Lagipun, ini liga kita dan kita yang susun jadual, jadi saya tidak nampak masalah untuk kita berkompromi mengenai hal ini,” tegas Radhi.

Keputusan meneruskan pertandingan itu juga akan melibatkan kepada kerugian dari segi prestasi pasukan serta jumlah kehadiran penonton yang pasti menjejaskan kutipan tiket.

Tambahnya lagi, prestasi pemain hanya mampu bertahan sehingga 60 minit dalam setiap perlawanan sekali gus menjejaskan kualiti persembahan.

Beliau berharap agar pihak pengendali liga melihat semula situasi tersebut dan membuat keputusan yang sewajarnya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori