Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengedar Dadah Aceh Guna...

Medan - Sindiket pengedaran dadah di Aceh kini menggunakan perkhidmatan udara untuk menyeludup...

Mahal Tapi Susu Unta...

MELBOURNE - Harga biasa bagi seliter susu unta di Australia ternyata lebih mahal berbanding...

Tuan Ibrahim Tuan Man...

KOTA BHARU - PAS Kota Bharu pada Isnin telah memecah tradisi dengan mencalonkan...

Kapal Tangki Dari India...

WASHINGTON: Sebuah kapal tangki membawa muatan bahan kimia yang berada di luar pantai...

Sagu Hati RM500 Kepada Penjawat Awam Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan hari ini mengumumkan untuk memberi sagu hati RM500 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada lebih 8,000 penjawat awam negeri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pemberian sagu hati itu bagi meringankan beban penjawat awam negeri untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan pertengahan bulan depan.

“Kita akan bayar sagu hati tersebut dalam masa terdekat membabitkan peruntukan sebanyak kira-kira RM4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Seramai 100 penjawat awam negeri daripada beberapa agensi menerima anugerah berkenaan. – BERNAMA

Kategori