Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penganjuran Sukma Johor Diputuskan...

JOHOR BAHRU - Keputusan sama ada penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 akan...

Peserta Senamrobik Guna Pakaian...

ALOR SETAR - Bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat sempena Hari Kebangsaan...

Ada 56 Lagi Rakyat...

PEKAN - Seramai 56 rakyat Malaysia masih di Syria, termasuk sembilan yang dipercayai...

‘Swafoto Kubur’ Johan As’ari...

AKIBAT memuat naik sekeping swafoto di tanah perkuburan, pelakon Johan As'ari telah dikecam...

Salah Tersenarai Pemain Terbaik Liga Inggeris

MOHAMED SALAH mungkin meraih anugerah hatrik individu selepas namanya disenarai pendek untuk Pemain Liga Perdana Inggeris Musim Ini di samping pemain Burnley, James Tarkowski.

Salah telah pun memenangi Pemain Bola Sepak Terbaik dan Pemain Terbaik PFA selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab Liverpool.

Pemain kelahiran Mesir itu menyumbat 43 gol dan membawa kelab tersebut ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Dia mengepikan pemain Manchester City, Kevin de Bruyne dalam kedua-dua anugerah tersebut dan pemain Belgium itu turut dilihat sebagai pencabar terdekatnya untuk anugerah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris.

Prestasi penjaga gol Manchester United, David de Gea; penyerang Tottenham, Harry Kane dan penyerang City, Raheem Sterling pada musim ini turut diiktiraf.

Namun Tarkowski merupakan ‘wild card’ yang disebut-sebut sebagai penerima anugerah itu. Peminat boleh mengundi pemain kegemaran mereka dan keputusan undian diambil kira sebanyak 10 peratus daripada keputusan penuh.


Sebanyak 90 peratus markah lagi akan diadili oleh panel pakar termasuk Alan Shearer dan keputusan akan diumumkan pada 13 Mei.

Sementara itu, Pep Guardiola pula tercalon untuk kategori anugerah pengurus di sampih Jurgen Klopp (Liverpool), Roy Hodgson (Crystal Palace), Chris Hughton (Brighton), Sean Dyche (Burnley) dan Rafa Benitez (Newcastle). – Eurosport/mStar Online

Kategori