Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Unit Hemodialisis Dibuka Di...

KUNAK - Penduduk Kunak kini boleh bernafas lega apabila Unit Hemodialisis untuk keperluan...

Model India Disangka Anak...

MEDIA sosial Indonesia sensasi selepas tersebarnya foto seorang wanita yang didakwa milik puteri...

Akauntan Maut Terperosok Di...

KUALA LUMPUR - Seorang akauntan wanita maut akibat terperosok di bawah keretanya apabila...

LHDN Saman Addy Kanna,...

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengheret seorang ahli perniagaan yang sebelum ini ditahan atas tuduhan berkaitan perjudian dalam talian, atas dakwaan memiliki tunggakan cukai sebanyak RM1.4 juta.

Salahuddin Ucap Tahniah Kepada Osman

JOHOR BAHRU – Timbalan Presiden Parti Amanah Negera (PAN) Salahuddin Ayub merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Osman Sapian atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor yang baharu dan meminta semua pihak menghormatinya demi memastikan kestabilan kerajaan dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Harapan.

Salahuddin berkata beliau akan sentiasa membantu Menteri Besar baharu itu bagi memastikan kepercayaan rakyat dapat diterjemahkan dengan penampilan tadbir urus yang baik dan berkesan.

“Masih banyak ruang yang saya boleh berperanan selepas ini dan apa yang penting kita mesti menunaikan tanggungjawab besar di atas mandat yang telah rakyat berikan kepada kita,

“Semua pihak harus fokus kepada agenda mengisi kemenangan. Rakyat sedang memerhati kita untuk menunaikan segala janji dan manifesto kita untuk membawa rakyat Johor kepada kualiti hidup yang lebih baik di bawah kerajaan baru, kerajaan Pakatan Harapan Johor,” kata beliau dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Kategori