Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

5 Cedera Bas Ekspres...

BATU PAHAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa memotong cermin hadapan untuk...

Penuntut Berputih Mata BB1M...

SHAH ALAM - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam berputih mata apabila Baucar...

ICYL Fokus Lahir Usahawan...

PUTRAJAYA - Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda (ICYL) 2015 di ibu negara dari 19...

Suami Isteri Antara Ditahan...

KOTA TINGGI - Lima orang termasuk sepasang suami isteri bersama seorang anak lelaki...

“Sambutan Masih Sama Cuma Tiada Lagi Suami Di Sisi”

RAMADAN kali ini diselami dengan pengalaman cukup berbeza buat bekas isteri pertama kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Salleh.

Memetik beberapa sumber portal hiburan, Intan berkata sambutan Ramadan pada tahun ini semuanya masih sama cuma kelainannya adalah tiada lagi suami di sisi.

“Ramadan disambut macam biasa dengan keluarga. Cuma bezanya tiada suami di sisi. Kalau dulu saya akan fikirkan untuk sediakan juadah berbuka buat suami tetapi kali ini hanya fikir untuk diri saya dan anak-anak,” kata Intan dipetik Hijabista.

Tambahnya, Intan juga mengakui mengakui perlu bekerja lebih kuat untuk membesarkan anak-anak yang menjadi pemangkin semangat kepada dirinya.

Bekas isteri pertama kepada pemuzik bebas, Ude iaitu Intan Liana Salleh.

Meskipun Intan mengakui tanggungjawab dan kehidupan sebagai ibu tunggal agak mencabar namun ia perlu diteruskan seperti biasa di samping sokongan ahli keluarga yang menjadi kekuatannya selama ini.


“Buat masa ini Intan kena kerja lebih untuk menyara keluarga. Apa sahaja kerja ditawarkan Intan akan terima. Semuanya untuk anak-anak. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa yang terjadi,” ujarnya lagi.

Walaupun sudah bercerai pada 23 Mac lalu, Intan berkata ada masanya anak-anak akan diambil oleh ayah mereka dan baginya, dia tidak pernah berniat untuk menjarakkan hubungan anak beranak. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori