Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong Utamakan Prinsip Keluhuran...

KUALA LUMPUR - Pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah...

Hari Penamaan Calon PRU14...

KUALA LUMPUR – Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung...

Azeez & Abang Tiba...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri...

Ada Isyarat ELT Dikesan...

Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa ada isyarat kecemasan yang dihantar oleh alat Emergency...

Sangkal Dakwaan Ada Calon BN Terlibat Salah Laku

KUCHING – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan semua calon BN di negeri itu adalah bebas daripada sebarang bentuk rasuah dan kesalahan jenayah.

“Semua calon BN telah disaring dan disahkan bebas sebarang bentuk kesalahan jenayah dan rasuah,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Duuh, Siburan dekat sini malam tadi.

Abang Johari membuat penegasan itu sebagai menyanggah dakwaan pembangkang bahawa calon BN bagi kerusi Puncak Borneo, Jeannoth Sinei terlibat dalam isu pengambilan tanah hak adat bumiputera (NCR).

Beliau juga menafikan tuduhan Jeannoth memiliki 100 ekar (40 hektar) tanah kerana semakan yang dibuat mendapati calon BN itu hanya memiliki tanah seluas 2.4 ekar (0.96 hektar) merangkumi tapak rumah dan sawah padi.

Sementara itu, Abang Johari optimis BN Sarawak mampu menang 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Katanya BN Sarawak perlu menang sebanyak mungkin kerusi bagi mengukuhkan kuasa dan suara negeri itu di peringkat persekutuan terutama dalam memastikan segala hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dikembalikan.

Mengenai NCR, beliau memuji inisiatif Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) melakukan kerja ukur keliling dan dokumentasi tanah NCR kaum Bidayuh.


Sehubungan itu, Abang Johari meminta Jabatan Tanah dan Survei mengeluarkan surat hak milik ke atas tanah yang sudah diukur dan didokumentasikan oleh DBNA.

Pada masa sama beliau turut menyatakan sokongan agar tanah NCR diusahakan tanaman komersil yang boleh dieksport, khususnya ke Singapura.

Ini susulan pemeteraian memorandum persefahaman antara Sarawak dan Singapura bagi pengeksportan hasil tani negeri itu ke republik berkenaan, katanya.

“Kita akan mempunyai pejabat perdagangan di Singapura dan kita juga telah menempah pembelian sebuah pesawat kargo berkapasiti tiga tan yang berharga RM10 juta untuk menerbangkan produk pertanian kita ke Singapura,” katanya. – BERNAMA

Kategori