Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Campur Tangan Asing Tak...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin...

Selangor Umum Bonus Raya,...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga berita...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan...

IPOH - Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah tahun ini akan disambut...

PNB Jangka Iklim Pelaburan...

KUALA LUMPUR - Iklim pelaburan pada 2018 berpotensi untuk menjadi lebih baik berbanding...

Sapu 5 Filem, Amani Terus Berkarya Untuk Industri

KEMUNCULAN semula pelakon serba boleh Sharifah Amani membuatkan dia mendapat semangaat baharu apabila kini bakal muncul dengan lima karya berbeza sepanjang tahun 2018.

Sekian lama Amani tidak muncul di hadapan lensa kamera bersama drama baharu, ada yang beranggapan bahawa dia sudah menghilangkan diri dari dunia seni.

Namun, wanita berusia 31 tahun itu tetap berharap agar karyanya yang bakal ditayangkan itu bakal menaikkan semula namanya yang telah lama menyepi.

“Tidak tahu kenapa sebelum ini saya jarang diberikan publisiti. Saya tidak rasa diri digam daripada keluar di mana-mana. Tetapi, tahun ini saya akan muncul kembali dengan lima filem baharu daripada pengarah yang berbeza.

“Saya berada dalam industri bukan untuk mencari kekayaan, sebaliknya hanya mahu berkarya. Saya berharap dengan naskhah baharu ini, penggiat industri dan peminat akan kembali melihat bakat yang saya ada,” katanya ketika  ditemui oeleh pihak BH Online.

Antara lima filem yang dibintangi oleh Amani pada tahun ini ialah Motif, Zombitopia, Mencari Rahmat, Sekolahaha dan Gol & Gincu 2.

Tambah pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFAM 19) itu lagi, dia sangat berharap agar kesemua karya itu akan membuka semula laluan untuknya kembali bersinar di dunia lakonan.

Dalam masa yang sana, Amani  turut berharap agar selepas ini akan ada ramai lagi pelapis baharu tampil untuk berkarya.


Malah, pelung yang ada sekarang seharusnya direbut oleh kebanyakan generasi muda bagi membangunkan industri hiburan seni tanah air.

“Saya nampak kebelakangan ini penggiat muda yang sebelum ini menyepi sudah mula ke depan dengan idea baharu dan segar. Saya berharap orang seni tidak dipinggirkan dan diberi lebih banyak peluang untuk berkarya secara terbuka,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini ada desas desus mengatakan kononnya dirinya bakal mengisi kerusi hadapan bagi kepimpinan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Amani akui bahawa dia langsung tidak berhasrat untuk berada di kedudukan itu.

“Saya cuma berharap industri kita berada di tangan orang yang mengambil berat dan tahu perkembangan. Jika apa-apa yang boleh saya bantu untuk membangunkan industri, saya sedia menghulurkan tangan,” katanya lagi yang masih berbangga menjadi salah seorang pengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru- baru ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori