KOTA KINABALU — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman berkata beliau akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan agensi itu.
Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh peguam (Musa), Zahir Shah hari ini, Musa berkata beliau mengalu-alukan SPRM untuk menggelidah kediamannya.
Pada Rabu, media melaporkan bahawa pegawai SPRM membuat serbuan ke kediaman Musa tetapi gagal memasuki kediamamnya kerana tiada seorang pun berada di rumah. — BERNAMA