Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Amuk Gara-Gara Bos Lambat...

BERANG gaji lambat dibayar, seorang buruh binaan bertindak di luar jangkaan apabila mengamuk...

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah...

GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket dadah tempatan dengan serbuan ke atas...

Ikan Emas Hidap Tumor...

KEJADIAN ini berlaku di sebuah hospital haiwan yang terletak di Melbourne, Australia apabila...

Video: Inilah Restoran Untuk...

WOW... Untungnya kalau jadi single atau tak ada pasangan di Korea Selatan!Senang-senang boleh...

“Saya Boleh Jerit Kepada Pengurus Selepas Ini”

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger meluahkan rasa lega pada Ahad selepas tugasnya mengendalikan kelab itu akan berakhir dalam tempoh seminggu.

Dia kini sudah membayangkan kehidupannya sebagai seorang peminat kepada kelab yang diuruskan selama 22 tahun itu.

Wenger turut berasa gembira kerana selepas ini dia boleh menjerit kepada penggantinya semasa perlawanan berlangsung.

Bercakap selepas kemenangan Arsenal 5-0 ke atas Burnley di Stadium Emirates sempena perlawanan terakhirnya dalam Liga Perdana Inggeris, Wenger bergurau tentang tekanan yang dihadapinya sepanjang berkhidmat dengan kelab terkemuka itu.

Dia bercerita tentang segala kritikan yang diterima daripada peminat dan media tentang kemampuannya sebagai seorang pengurus.

“Terima kasih kerana mempercayai saya untuk tempoh yang lama, saya tahu ini bukanlah mudah.


“Tapi, saya juga seperti anda semua iaitu seorang penyokong Arsenal.

“Saya ingin akhiri dengan ucapan yang ringkas – saya akan rindukan anda. Saya harap dapat berjumpa anda tidak lama lagi, selamat tinggal,” katanya ke arah ribuan peminat kelab itu dan disambut dengan tepukan gemuruh. – Eurosport/mStar Online

Kategori