Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Anak Elly Mazlein Dapat...

KEMERIAHAN Aidilfitri lebih dirasai kanak-kanak dan duit raya antara perkara yang membuatkan mereka...

TPM Sedia RM1 Juta...

KUALA LUMPUR - Technology Park Malaysia Corp Sdn Bhd (TPM) akan memperuntukkan RM1...

GAMBAR: Majlis Berinai Nad...

SEPERTI diketahui ramai, pelakon genit Nad Zainal bakal mengakhiri zaman bujang dengan kekasih...

Azmi Gementar Pimpin Bacaan...

PUTRAJAYA - Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui gementar apabila memimpin bacaan surah...

“Saya Yang Tidak Mahu, Bukan Salah Awin” – Izzue

PELAKON dan penyanyi, Izzue Islam menyangkal dakwaan beberapa pihak yang mengatakan dia dikawal ketat oleh isterinya, Awin Nurin sehingga tidak mahu melakonkan babak mesra dengan pelakon wanita lain.

Malah, Izzue berkata, tindakannya yang tidak mahu melakonkan babak bersentuhan dengan wanita lain selain enggan menyebut perkataan ‘sayang’ merupakan prinsip yang dibuat atas kehendak dirinya sendiri.

Justeru, pendirian tersebut membuatkan orang ramai menyerang isterinya dengan pelbagai persepsi kurang enak apabila dikatakan kuat cemburu dan suka mengongkong suami.

Selain itu, Awin juga dikatakan bertindak sebagai ‘pengarah kedua’ di set penggambaran yang melibatkan Izzue apabila sentiasa memantau dan menghalang suaminya dari melakukan perkara yang tidak disukai.

Jelas Izzue, tohmahan yang dilemparkan terhadap isterinya itu tidak membuatkan dia tertekan serta menganggap perkara itu bukan asing lagi sejak perkahwinan mereka.

“Mereka yang mengenali dan pernah bekerjasama tahu cara saya serta Awin bekerja. Saya tidak mampu menutup mulut orang, tetapi saya mohon, jangan salahkan Awin. Sebelum membuat andaian, tanya saya dahulu.

“Jika tidak puas hati atau keliru, boleh menghantar mesej peribadi untuk saya jelaskan. Jangan sampai menabur fitnah, dapat dosa percuma sahaja nanti,” katanya dipetik BH Online.

Jelas pelakon berusia 28 tahun itu, prinsip yang dipegang itu bukanlah atas arahan Awin sebaliknya atas kesedaran diri sendiri.

Ujarnya lagi, sejak berkahwin pada 2013, dia mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga hati isteri serta keluarga kedua belah pihak.


“Saya bimbang tindak-tanduk saya menjadi bahan fitnah, sedangkan banyak hati yang perlu dijaga.

“Keluarga saya dan mentua bukan dalam kalangan orang seni, mereka mungkin tidak faham. Saya tidak mahu isu atau persepsi yang ditimbulkan menyinggung perasaan mereka,” jelas anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan yang timbul berkenaan keenganannya menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang diminta oleh skrip lakonan, Izzue berkata perkara itu hanyalah salah faham.

“Saya tidak kisah menyebut perkataan ‘sayang’, tetapi bergantung kepada kesesuaian babak. Tidak logik jika kali pertama bertemu, terus memanggil sayang.

“Saya bukan ikut kepala sendiri, sebaliknya semua itu dibuat atas perbincangan dengan pengarah. Saya tidak akan melanggar skrip tanpa persetujuan,” ulasnya.

Tambah Izzue, kariernya sebagai pelakon memerlukan dia perlu mengambil tahu perjalanan setiap babak dan dialog, justeru mustahil untuknya mementingkan diri.

Menceritakan perkembangan terbaharu, Izzue berkata dia kini sibuk dengan penggambaran telefilem Selirat, arahan Feroz Kader yang akjan disiarkan di TV3. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori