Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Piala Malaysia: PAFA Rakam...

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) merakamkan penghargaan kepada pihak polis kerana...

Ini Arak, Bukan Jus...

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

Bumbung Dengan Ais Cair...

KINGSBRIDGE - Bumbung rumah yang tidak dilitupi salji menjadi antara petanda jelas wujudnya...

Siapa Karim, Mengapa Dunia...

BEBERAPA foto memaparkan masyarakat dunia tutup sebelah mata dengan #SolidarityWithKarim pada setiap posting menjadi...

Sebanyak 242 RMM Generasi Kedua Felda Sendayan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan sebanyak 242 rumah teres setingkat berharga RM80,000 kepada generasi kedua peneroka Felda Sendayan, yang akan dibina di Taman Bandar Sendayan dan Jimah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata projek perumahan ini yang dijangka siap pertengahan tahun depan, merupakan hadiah kerajaan negeri untuk peneroka-peneroka Felda Sendayan yang suatu ketika dahulu bersama-sama kerajaan menyelesaikan kemelut tanah di Felda itu.

“Rumah ini berkeluasan 903 kaki persegi, dan harga pasaran lebih RM200,000 tetapi dijual kepada anak-anak peneroka Felda Sendayan pada harga RM80,000.

“Pemaju, Matrix Concepts Holdings Bhd. telah memberi subsidi RM7 juta untuk membangunkan projek ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Rumah Generasi Kedua Sendayan, di sini hari ini.

Anak-anak peneroka Felda Sendayan yang ingin membeli rumah berkenaan perlu berdaftar dengan Unit Perumahan Kerajaan Negeri dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti tidak pernah memiliki rumah, pendapatan bulanan bawah RM3,000 dan berkahwin.

Kerajaan bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung akan membuat tapisan permohonan bagi memastikan hanya yang benar-benar layak dan anak jati Felda Sendayan yang boleh membeli rumah itu.

Sebanyak 60 buah rumah akan dibina di Taman Bandar Sendayan manakala selebihnya akan dibuat di Jimah.


Mohamad berkata sistem undian akan dibuat sekiranya bilangan rumah yang dibina tidak dapat menampung permohonan yang diterima.

“Jika itu pun tidak cukup, saya akan minta pemaju OSK Property Holdings Bhd., untuk menyediakan kuota khas rumah berharga RM80,000 yang dibina di Iringan Bayu, berdekatan dengan lokasi ini, untuk anak-anak peneroka Felda Sendayan.

“Ini jaminan Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk memastikan setiap lapisan golongan masyarakat di negeri ini mampu memiliki rumah sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori