Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kedah Alami Cuaca Panas...

ALOR SETAR: Penduduk Kedah dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar berikutan cuaca...

Pos Malaysia Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia menerima anugerah 'A-Star' bagi Persijilan Pengurusan Kualiti di...

TPM Ucap Takziah Pemergian...

BEIJING - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Menteri Sarawak Allahyarham...

VIDEO: Milo Tiruan Dibungkus...

PERNAHKAH anda minum Milo dan rasa ianya tidak seperti selalu?Jika ya, anda mungkin...

Sebiji Telur Sehari Elak Sakit Jantung, Strok

PARIS – Selama berdekad-dekad lamanya kita telah dimomokkan dengan amaran bahawa memakan telur meningkatkan paras kolesterol jahat.

Bagaimanapun, menurut sebuah kajian terbaharu, makan sebiji telur sehari sebenarnya mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok!

Dalam pembentangan kertas kajian mereka, pasukan penyelidik China-British itu mendapati makan sebiji telur sehari memiliki risiko rendah penyakit kardiovaskular (CVD).

Dengan mengkaji setengah juta golongan dewasa sihat berusia antara 30 dan 79 tahun sejak hampir sembilan tahun lalu, mereka merumuskan bahawa ‘dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil telur dalam diet harian mereka, pengambilan telur secara harian dikaitkan dengan risiko rendah CVD’.

Dalam jurnal Heart, risiko strok berdarah adalah 26 peratus lebih rendah di kalangan mereka yang kerap makan telur.

Malah, pengambilan harian telur dikaitkan dengan 18 peratus risiko lebih rendah kematian akibat CVD serta 28 peratus risiko rendah untuk kematian akibat strok hemoragik (berdarah).

CVD, gangguan salur darah dan jantung adalah punca utama kematian dan kecacatan di seluruh dunia, termasuk di China.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 17.7 juta orang maut akibat CVD setiap tahun, hampir satu pertiga daripada kematian di seluruh dunia.

Lapan puluh peratus kematian CVD disebabkan serangan jantung dan strok.

Merokok, tidak cukup bersenam dan makan diet tidak sihat yang tinggi kandungan garam serta kurang buahan segar serta sayuran, meningkatkan risiko itu.

Telur kaya dalam diet kolesterol, sekian lama dikaitkan dengan risiko tinggi CVD namun mengandungi protein penting dan vitamin. –Ā AFP

Kategori