Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cabul: Penjara 15 Bulan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 bulan dan...

Pemandu Teksi Janji Perkhidmatan...

PETALING JAYA - Persatuan teksi berikrar memberikan perkhidmatan lebih baik pada masa akan...

Penonton MotoGP Diminta Patuhi...

SEPANG – Polis meminta peminat yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi...

Polis Melaka Rampas Dadah...

ALOR GAJAH - Polis menahan dua lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan...

Sebuah Kilang Di Gebeng Aktif Curi Air Sejak Januari

KUANTAN – Sebuah kilang yang terletak di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng yang sudah beroperasi sejak tiga bulan lepas didapati aktif mencuri air di kawasan itu sejak Januari tahun ini.

Menurut Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna (Bahagian Pengurusan Korporat) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd Fazil Ismail berkata setelah menerima aduan pada bulan Mac pihaknya telah memotong bekalan tersebut pada 16 Mei lepas.

“Serbuan pertama dibuat pada 14 Mac dan kami diarahkan untuk memberhentikan serbuan kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang sudah hampir, tetapi sehingga petang semalam kami dimaklumkan aktiviti (pencurian air) ini masih berjalan,” katanya kepada pemberita hari ini.

“Nilai anggaran kerugian juga melebihi RM500,000 dengan kegunaan air sebanyak 327,000 meter padu sejak Januari hingga Mac,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media ke tapak kilang berkenaan di Gebeng di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Menurutnya, mereka juga tidak mengikut spesifikasi pemasangan paip yang perlu dipatuhi iaitu paip berukuran 600 milimeter (mm), di mana mereka membuat penyambungan dua paip berukuran 300 mm terus kepada ‘injap’ untuk aktiviti mereka.

Mohd Fazil berkata kilang tersebut perlu memohon untuk memasang bekalan air sementara dan mereka perlu membayar wang sumbangan bekalan air kepada kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sebanyak RM6 juta yang juga tidak dibuat oleh mereka.


“Kami akan meneruskan tindakan untuk membuka balik penyambungan paip meter haram dan membuat pemasangan yang baharu, selepas permohonan mereka untuk memasang bekalan air sementara diluluskan. Kami akan meneruskan dengan tindakan mahkamah untuk prosedur ini,” katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata, dalam keadaan warga Kuantan berhadapan dengan krisis tekanan air rendah, dan kadang-kadang tidak ada air, dengan mudahnya sebuah syarikat mencuri air dan walaupun telah dikenakan tindakan, masih mencuri sekali lagi.

“Jadi ini adalah satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali. Negara kita mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi. Kami tidak menolak pelaburan dan syarikat asing. Jangan buat ikut suka hati kita kerana kita punyai undang-undang yang perlu dipatuhi,” kata Fuziah. – BERNAMA

Kategori