Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Dikurung Dalam Keranda, Hanya...

WANITA bernama Colleen Stan ini sebenarnya baru berusia 20 tahun ketika dia diculik...

Ngeri… Kepala Remaja Ini...

SEPERTI sedia tahu, sememangnya banyak cerita superhero ditayangkan sekali gus mendedahkan kita kepada manusia...

Polis Tahan 4 Beradik...

ALOR SETAR - Polis menahan empat beradik yang dipercayai terlibat dalam kes samun...

Fasa Baharu Perang Gaza?

TEL AVIV - Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merancang untuk menamatkan operasi pencerobohan darat...

Sedia Didakwa Di Bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018

PUTRAJAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia didakwa di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 atas dakwaan sebar berita palsu berhubung dakwaan pesawat sepatutnya membawa beliau ke Langkawi disabotaj pihak tertentu, Jumaat lalu.

Bekas perdana menteri, yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekali lagi mempertahankan dakwaan adanya percubaan mensabotaj kapal terbang yang sepatutnya beliau naiki ke Langkawi untuk hari penamaan calon, Sabtu lepas.

Dr. Mahathir, yang juga pengerusi PPBM, berkata kapal terbang tersebut mengalami kerosakan pada bahagian tayar ketika hendak berlepas dari Subang ke Langkawi, sehari sebelum hari penamaan calon.

“Pesawat itu rosak pada hari yang kritikal, hari saya nak pergi ke Langkawi. Saya naik kapal terbang beribu kali tak pernah jadi macam itu,” katanya pada ceramah Kebangkitan Rakyat Pakatan Harapan, di sini malam ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim sebelum ini dilaporkan sebagai berkata Dr. Mahathir kini disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung dakwaan tersebut. – BERNAMA

Kategori