Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bunuh Diri Selepas...

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemui mati menggantung diri akibat perselisihan faham dan...

Kamal Adli Nafi Punca...

HAI, kesian sungguh nasib Kamal Adli yang tak pasal-pasal dituduh sebagai orang ketiga...

Syahrul Ridzwan Letak Syarat...

TAHNIAH kepada Syahrul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 27, yang...

Dulu Wani Karie, Kini...

SEBELUM ini tular di media sosial memaparkan penyanyi, Wani Karie yang didakwa menjalinkan...

Sekatan Perjalanan Perlu Ikut Undang-Undang

SEBARANG larangan perjalanan dan penyiasatan terhadap seseorang individu termasuklah bekas perdana menteri perlulah dijalankan mengikut proses undang-undang.

Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berkata, adalah penting untuk pihak berkuasa menangani perkara tersebut mengikut proses yang termaktub dalam undang-undang.

“Apa pun keputusan yang dibuat berhubung dengan larangan perjalanan dan penyiasatan mesti mengikut proses undang-undang yang wajar. Itu benar-benar penting,” katanya dipetik mStar Online.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemeriksaan yang dilakukan di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak sejak lewat malam Rabu serta larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya.

Beliau ditemui pihak media ketika hadir di ibu pejabat UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam (Sabtu).

Dalam pada itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin turut bersetuju dengan kenyataan Khairy dan mengatakan tindakan kerajaan dipimpin Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan larangan perjalanan kepada Najib sebagai tidak munasabah.

Ujarnya, semua tindakan yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu merupakan cara PH yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk merendahkan lawan mereka.

Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

“Inilah yang berlaku apabila parti yang telah menunggu untuk merebut kuasa menjadi kerajaan. Mereka akan menggunakan semua cara untuk merendahkan lawan mereka.

“Saya percaya rakyat memahami apa yang sebenarnya berlaku. Ini bukan perubahan yang mereka mahu. Najib mesti dilayan dengan adil,” katanya.


Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam pula berkata, adalah tidak adil untuk bekas presiden UMNO itu diletakkan dalam senarai sekatan perjalanan dan berharap kerajaan PH tidak menyekatnya dengan terlalu lama.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disekat daripada meninggalkan negara selepas namanya disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen ekoran banyak aduan yang dibuat ke atasnya.

Susulan tindakan itu, Najib yang pada mulanya ingin ke luar negara bercuti terpaksa akur dengan keputusan itu dan terus bersama keluarganya di dalam negara.

Beliau kemudiannya ditimpa musibah yang lebih besar pada malam pertama Ramadan apabila kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta Kuala Lumpur diserbu dan digeledah pihak polis.

Pihak polis telah menyerbu kediaman peribadi Najib dan lima lagi kediaman lain termasuk Pavillion Residence Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya bagi bantu siasatan berkaitan kes 1MDB. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori