KANAK-kanak ini, Owen, menarik perhatian ramai apabila dia `mencuri’ detik-detik bahagia ibunya, Allyssa Anter, 27, yang sedang dilamar oleh kekasihnya, Kevin Przytula, 33.
Owen, yang berusia tiga tahun, selamba melondehkan seluar dan kencing di belakang Kevin yang ketika itu sedang berlutut melamar Allyssa.
Video keluarga berkenaan yang menetap di Michigan telah ditonton 56,000 kali.
Ia juga telah dikongsi sebanyak 300 kali sebelum dipadamkan oleh Facebook.
“Yang pasti, Owen telah mencuri tumpuan.
“Kami baru melatih Owen kencing tanpa memakai lampin kira-kira sebulan lalu dan dia akan kecing di luar rumah, kadang-kadang di padang.
“Dia kencing tanpa memberitahu sesiapa, hanya londehkan seluar, kemudian buang air kecil begitu sahaja,’’ kata Allyssa. – MYNEWSHUB.CC