GRACE Lee, yang pernah menjadi kekasih kepada bekas presiden Filipina, Benigno “Noynoy” Aquino III, akhirnya mendedahkan mengenai kisah cinta mereka suatu ketika dahulu.
Beliau yang merupakan seorang selebriti, berasal dari Korea Selatan serta merupakan penyampai radio dan TV di Filipina selama 10 tahun.
Sebagai seorang selebriti dan bekas penterjemah untuk presiden, Grace menjadi rapat dengan Aquino III.
Selepas hubungan mereka dihidu media, maka kata Grace, ia merupakan pengakhiran kepada hubungan cinta itu.
“Kami berdating selama empat bulan. Kami tidak boleh meneruskan hubungan ke peringkat lain disebabkan berita tersebut,” kata Grace.
Menurutnya, ketika berdating, setiap perancangan perlu mendapat kelulusan daripada pasukan keselamatan bekas presiden itu terlebih dahulu.
Malah ketika Grace membawa Aquino III makan di sebuah restoran makanan Korea, pasukan keselamatan telah menutup restoran terbabit kepada orang lain manakala pasukan penembak pula ditempatkan di bangunan bertentangan.
Walaupun kini mereka sudah berpisah namun Grace memberitahu beliau masih berhubung dengan Aquino III dari masa ke semasa.
“Dia memang seorang yang baik,” kata Grace. – MYNEWSHUB.CC