Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Khazanah Rugi RM600 Juta...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak berkata, susah payah prestasi kewangan Pusat...

Pelakon Sharifah Aleysha Sah...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon filem Muallaf Syarifah Aleysha yang sah bergelar isteri kepada...

Silap Stesen TV, Nurulhidayah...

ANAK sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menafikan khabar tersebar kononnya beliau...

PRU-15: Zahidi Mahu Pertahan...

Kuala Lumpur : Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhasrat...

Selesai Tunai Tanggungjawab Sebagai Pengundi

MAKA selesai sudah melaksanakan proses pengundian pada Pilihan Raya Umum Kali Ke 14 (PRU14) pada hari ini.

Saya berasa amat seronok kerana berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab saya pada negara dengan menunaikan undi di kawasan pengundian saya di Kuala Lumpur.

Proses pengundian dikawasan saya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Para pengundi di kawasan saya tidak perlu beratur dengan panjang serta mengambil masa yang lama untuk mengundi.

Namun terdapat juga beberapa laporan media yang menyatakan terdapat beberapa kawasan yang mempunyai barisan yang panjang menyebabkan pengundi terpaksa menunggu lama sehingga ada dilaporkan pengsan.

Semua isu berbangkit sepanjang PRU14 perlu dipandang serius pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) dan proses penambahbaikkan perlu segera dilakukan demi kebaikan dan manfaat pengundi di masa akan datang.

Bagi saya peluang dan ruang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi bukan sahaja menjadikan saya sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Malah turut melibatkan saya ke dalam proses demokrasi seperti yang telah diamalkan di kebanyakan negara di serata dunia.

Amat malang bagi mereka yang termakan dengan pujukan pihak-pihak tertentu yang menyarankan orang ramai untuk tidak keluar mengundi atau melakukan undi rosak.


Ini kerana ianya tidak sesekali membawa sebarang faedah dan manfaat pada diri mereka dan pada negara.

Peluang menunaikan undi bukan sahaja memberi peluang pada saya untuk memangkah undi malah ia turut beri peluang pada saya untuk berjumpa dengan rakan-rakan lama serta jiran sekeliling yang sudah lama tidak berjumpa.

Semoga keputusan PRU yang bakal dibuat dapat mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil serta membawa kemakmuran pada kita semua dalam tempoh masa lima tahun yang akan datang.

Yang benar,
Dr. Muzaffar Syah Mallow
Kuala Lumpur

Kategori