Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Pohon Batalkan Saman...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan...

Amelina Tertekan Peminat Mahukan...

RATU dangdut tanah air, Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina akui tertekan dalam memenuhi...

Nelayan Bunuh Kekasih Berdepan...

GEORGETOWN - Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas...

Kelewatan Perodua Axia Kerana...

GEORGE TOWN - Kelewatan penghantaran Perodua Axia, kenderaan cekap penggunaan bahan api, bukan...

Seleweng Pembahagian Tanah, GGF2 Lapor SPRM

PUTRAJAYA – Pertubuhan Gerak Generasi Kedua Felda Bukit Cherakah (GGF2) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan pengagihan tanah lot kediaman mempunyai unsur salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pengerusi GGF2, Faizal Rahman menamakan empat pihak dalam laporan itu, iaitu Ketua Cawangan UMNO Bukit Cherakah, Koperasi Felda Bukit Cherakah, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kuala Selangor serta pembantunya yang menurutnya berkomplot dalam penjualan dan pengagihan tanah tersebut.

Beliau berkata pada 2015, seramai 281 orang penduduk asal diminta mengisi borang memohon hak milik tanah bagi diserahkan kepada PDT Kuala Selangor untuk urusan pembahagian.

“Kami mulai curiga apabila mendapati hanya sebilangan penduduk yang memperoleh hak tanah daripada 119 penama yang lulus, manakala lebih 80 peratus penama ‘digantikan’ dengan kroni hasil ‘permainan’ empat pihak tersebut.

“Lebih mengejutkan, tanah yang asalnya diperuntuk untuk tapak perumahan kini dibangunkan dengan projek kondominium mewah di atas lot seluas 32 ekar yang nyata menyalahi kebenaran yang dikeluarkan kerajaan negeri dan PDT,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Faizal, 34, yang juga seorang peguam berkata pembinaan kondominium tersebut dipercayai menjadi antara sebab mengapa tanah tersebut tidak dapat diagihkan kepada keseluruhan penduduk asal yang memohon.

Sehubungan itu, beliau bersama 20 anggota GGF2 tampil menyerahkan dokumen, surat menyurat, minit mesyuarat dan cakera padat mengandungi rakaman suara serta pelan pembangunan kondominium tersebut sebagai bukti untuk membolehkan SPRM menyiasat mereka yang terbabit.


Dalam kes berasingan, Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) turut membuat laporan kepada SPRM hari ini berhubung dakwaan salah guna kuasa pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Presidennya Asri Buang berkata selain menyalah guna kuasa dengan mengarahkan anggota mengundi Barisan Nasional (BN) serta menggunakan premis dan aset tentera untuk berkempen, pihaknya juga mendakwa wujud unsur rasuah melibatkan ‘sejumlah wang’ bagi menjayakan agenda tersebut.

“Sebagai bekas anggota tentera, kami mahu SPRM menyiasat sepenuhnya bagi mengenal pasti mereka yang terbabit seterusnya mengelak ATM dijadikan alat pada satu parti sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori