Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Perlu Tahu ‘Dosa’...

KUALA LUMPUR - Penulis buku veteran, Syed Hussein Al-Attas menyifatkan buku ditulisnya mengenai...

JDT Tidak Pernah Puas...

Kuala Lumpur : Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim akui...

‘Pop-Up Shop’ PETA Didik...

PERTUBUHAN Hak Asasi Haiwan (PETA) Australia baru-baru ini telah bekerjasama dengan syarikat pengiklanan Ogilvy...

KFC KLCC Enggan Layan...

SEORANG pengguna Facebook meluahkan kekesalannya menerusi laman sosial rasmi milik KFC Malaysia berkenaan...

Sembilan Hari Lipas Tinggal Dalam Telinga

NGERI… Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikay mengalami pengalaman ngeri selepas telinganya dimasuki lipas selama sembilan hari sebelum keseluruhan serangga itu dikeluarkan.

Katie Holley yang menulis pengalaman itu dalam majalah SELF berkata, kira-kira sebulan lalu dia bangun pada tengah malam selepas berasa seperti seseorang cuba memasukkan ais ke dalam lubang telinga kirinya.

Dia kemudian memasukkan putik kapas ke dalam telinganya dan berasa seperti ada pergerakan.

“Selepas menarik keluar putik kapas terbabit, saya menemui dua ‘kaki’ yang sangat kecil melekat di hujungnya. Saya meminta suami membantu memeriksanya dan mendapati terdapat lipas di telinga saya,” tulisnya.

Malangnya, serangga itu sukar dikeluarkan menyebabkan Katie terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Di hospital, doktor menyapu ubat kebas di telinganya untuk membunuh lipas berkenaan sebelum mengeluarkan tiga bahagian badan serangga itu. Dia pulang ke rumah selepas doktor memberikan ubat antibiotik.

Bagaimanapun, selepas sembilan hari Katie masih berasa sakit di telinga dan berjumpa semula dengan doktor yang kemudian mengeluarkan enam lagi bahagian badan lipas terbabit.


Katie dirujuk kepada pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) untuk memastikan tiada lagi sisa yang tertinggal.

“Lebih mengejutkan apabila pakar terbabit mengesahkan masih terdapat sisa serangga itu di dalam telinga saya.

“Dengan menggunakan peralatan yang kelihatan seperti gunting besar, pakar terbabit mengeluarkan kepala, anggota badan lain dan sesungut,” tulisnya. – myMetro Online

Kategori