Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mesyuarat Kedua Parlimen: Bajet...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang akan memulakan persidangan...

Tidak Perlu Cetak Cukai...

KUBANG PASU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemilik kenderaan persendirian yang menggunakan cukai...

Kerja Unitisasi Dimeterai Rundingan...

BANDAR SERI BEGAWAN – Rundingan Tahunan Pemimpin ke-21 Malaysia-Brunei hari ini menyaksikan pemeteraian...

Malaysia Tolak Keganasan Daesh...

ULAANBAATAR (Mongolia) - Malaysia menolak sebarang perlakuan keganasan dan jenayah ideologi yang dilakukan...

Sengaja Masuk Pusat Mengundi Dengan Logo PKR

BIADAB… Timbul kekecohan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 2, ibu kota, hari ini apabila beberapa jentera PKR sengaja mengenakan pakaian berlogo parti tersebut dan meredah masuk untuk mengundi.

Tindakan yang tidak profesional itu dianggap sengaja mahu mencabar pihak  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai polis yang bertugas sekali gus mencetuskan suasana huru-hara di tempat mengundi.

Lebih teruk lagi, beberapa orang dalam kalangan mereka tanpa rasa bersalah membawa pengundi masuk dan menunjukkan saluran kepada pengundi-pengundi berkenaan, lapor akhbar tempatan.

Cuba menggugat proses pengundian, pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah memandu kenderaan yang mengibarkan logo parti secara berulang-alik di hadapan sekolah tersebut.

Taktik kotor ini digunakan bagi menarik perhatian para pengundi untuk meraih undi oleh pihak pembangkang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia itu.


Mujur pihak berkuasa yang bertugas berada di tempat kejadian bertindak pantas ke atas golongan ini.

DUN Gombak Setia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Megat Zulkarnain Omardin; calon gabungan pembangkang PKR, Hilman Idham dan penyandang kerusi daripada PAS, Hasbullah Mohd. Ridzwan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori