Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nenek Ditipu ‘Ibrahim Aziz’...

ALOR SETAR - Seorang nenek yang merupakan penoreh getah mengalami kerugian sebanyak RM74,800 setelah...

Veteran UMNO Dakwa Mufti...

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendakwa Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd....

Netizen Kecam Mat Sabu...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih popular...

Malaysia Airlines Terima Sijil...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama Malaysia menerima sijil Fast...

Sentiasa Merendah Diri, Senjata Utama Tun Hairudin

PORT DICKSON – Penyandang Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar yakin mampu mengekalkan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Menggunakan motto “Be Humble, I Am Always Here To Help” dalam mendekati pengundi, beliau sentiasa turun padang untuk bertemu pengundi bagi mendengar segala rintihan masalah penduduk dan cuba sedaya upaya membantu mereka.

“Kita ada pusat khidmat masyarakat di sini tetapi saya tidak berada di pusat tersebut sepanjang masa kerana sibuk dengan pelbagai urusan, jika tak dapat hubungi saya jangan risau kerana ada pegawai yang akan memberi perkhidmatan untuk menolong penduduk setempat.

“Ada penduduk yang memohon bantuan peruntukan asnaf, jadi dari sini pihak kami mengambil maklumat daripadanya kemudian kami sampaikan kepada pihak Baitulmal.

“Pihak kami sentiasa menjadi orang perantaraan bagi menyelesaikan masalah penduduk, ini cara saya untuk mudahkan mereka,” katanya ketika ditemui Bernama selepas merasmikan Perasmian Projek Jiwa Murni Baik pulih Rumah bersempena ulang tahun ke-24 Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat di sini, hari ini.


Beliau yang mempertahankan DUN Bagan Pinang untuk penggal ketiga ditentang calon PKR Mohd Ibrahim Khan Amanula Khan.

Pada PRU lalu, beliau mengatasi lawan daripada PAS Ramli Ismail dengan kelebihan 6,067 undi. – BERNAMA

Kategori