Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Ini Ke Gerangan...

KETIKAƃā€šĆ‚Ā ramai peminat masih berteka-teki tentang gerangan gadis yang bakal menjadi isteri pelawak sensasi,...

Belgium Kekal Pasukan Terbaik...

BRUSSEL - Belgium terus berjaya mengungguli ranking Persekutuan Bola Sepak Sedunia (FIFA) sebagai...

Bukan Dadah, Strok Haba...

KUALA LUMPUR - Sejak lebih setahun, ramai yang mempercayai kematian enam penonton konsert...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA TERENGGANU- Mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 1,073 orang daripada 284...

Seorang Daripada 9 ADUN BN Perlis Hadir Taklimat

KANGAR – Seorang daripada sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Khamis lepas, hari ini menghadiri taklimat bersama MB Datuk Seri Azlan Man di kediaman rasminya di sini.

ADUN Kayang, Hamizan Hassan difahamkan berada di Dewan Residensi di kediaman itu untuk taklimat Persidangan UMNO dan Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan dan Sayap UMNO Bahagian Kangar.

Ketika ditemui pemberita selepas taklimat itu, Hamizan berkata beliau hadir pada taklimat hari ini atas kapasiti sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

ā€œMenteri besar dan saya berada dalam satu bahagian dan tujuan perjumpaan hari ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pergerakan UMNO bahagian,ā€ katanya yang enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun ditanya adakah kehadiran pada hari ini menunjukkan beliau menyokong pelantikan Azlan sebagai menteri besar, beliau berkata: ā€œSaya menjunjung titah Tuanku (Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail).ā€


Sembilan ADUN BN itu tidak hadir pada majlis pelantikan MB kerana mendakwa bahawa pelantikan tidak mendapat sokongan majoriti anggota DUN berkenaan.

Mereka sebaliknya berada bersama Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di Kuala Lumpur dan Shahidan kemudiannya pada sidang akhbar mengumumkan cadangan memecat keanggotaan Azlan dalam parti. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

Kategori