Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Siapa Boleh Terlepas...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi...

Pemancing Yang Hilang Di...

KOTA TINGGI - Seorang pemancing yang dipercayai lemas selepas terjun ke Sungai Sedili,...

Pertemuan Sekadar Bincang Isu...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, memaklumkan...

SK Cyberjaya (2) Dijangka...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya...

Seram… Kaki Terjojol Keluar Dari Kubur

PENDUDUK di Desa Tegowangi, Plemahan, Kediri, Jawa Timur, Indonesia gempar dengan penemuan kaki mayat yang tersembul keluar dari sebuah kubur.

Portal berita tempatan, Tribunnews melaporkan, kejadian itu hanya disedari seorang lelaki yang datang ke tanah perkuburan berkenaan untuk mencari buluh pada Khamis lalu.

Lelaki tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Budiono, 55, berkata, dia berasa amat terkejut apabila melihat ada kaki keluar bersebelahan dengan batu nisan di kubur berkenaan.

Dia lantas terus memaklumkan perkara itu kepada penduduk kampung serta pihak berkuasa.

Jurucakap polis Plemahan memberitahu, kaki yang ditemui tersembul keluar dari kubur itu adalah seorang wanita yang dipercayai dibunuh sebelum ditanam.

“Mayat ini ditanam secara tergesa-gesa di kubur lama dan terdapat bunga yang ditabur di atasnya.

“Beberapa barangan berharga padanya turut dijumpai namun kad pengenalannya tiada,” katanya.

Sementara itu menurut Budiono juga, mangsa dipercayai merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan yang terkenal di kampungnya.


“Keluarga mangsa menyangkakan anak mereka telah dirompak oleh penjenayah.

“Tetapi beberapa barangan berharga miliknya didapati masih berada bersamanya.

“Melihat kepada mayat, didapati cincin, gelang, jam dan tas tangannya masih terdapat di anggotanya,” katanya lagi.

Mayat wanita itu kemudian dibawa ke hospital Bhayangjara, Kota Kediri untuk dibedah siasat dan punca kematian masih belum diketahui. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori