Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dijel 14 Bulan Padah...

SINGAPURA - Pembantu rumah berusia 23 tahun dari Indonesia ini pada mulanya gembira...

Bos Amazon Didakwa Hipokrit...

JEFF BEZOS, ketua pegawai eksekutif Amazon dan manusia terkaya di dunia baru-baru ini...

Perhimpunan Tolak ICERD Bukti...

PUTRAJAYA - Tiada sekatan, halangan dan tangkapan pada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak...

Sahabat Media-Terengganu Berkayak 2...

Para wakil media yang menyertai program Sahabat Media-Terengganu Budaya dan Seni 2014 diuji...

Serangan Panggilan ‘Spam’ Mungkin Angkara RBA

SERANGAN panggilan ‘spam’ ke atas telefon bimbit beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dipercayai dilakukan oleh Red Bean Army (RBA) yang cuba ganggu komunikasi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 berlangsung.

Menurut penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Datuk Dr. Ismail Sualman, beliau berpendapat serangan teknikal itu dilakukan bagi melumpuhkan komunikasi antara pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan jentera parti tersebut.

“Ini usaha pihak tidak bertanggungjawab yang akan melakukan apa sahaja cara untuk mengganggu calon di saat akhir.

“Ketika ini kempen di alam maya masih lagi berlangsung antara penyokong parti dan oleh sebab itu, ada pihak sanggup menggunakan pelbagai cara untuk melakukan serangan ke atas pihak lawan seperti gangguan panggilan telefon ini,” katanya kepada pihak media, hari ini.

Hari ini, telefon bimbit Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak telah menerima panggilan dari luar negara secara bertalu-talu yang tidak diketahui asal-usulnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori