Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Siasat Taib Mahmud,...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata,...

Malaysia Mungkin Jadi Sasaran...

KUALA LUMPUR - Malaysia kemungkinan menjadi sasaran dalam pertembungan perang perdagangan Amerika Syarikat...

Guterres Sambut Baik Pertemuaan...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Rabu...

Kerajaan Peruntuk RM2.89 Bilion...

KUALA LUMPUR - Peruntukan berjumlah RM2.89 bilion bagi tempoh 2012-2014 merupakan peruntukan perbelanjaan...

Setahun Tuntut Gaji, Aprena Mahu Pengarah Tampil

PENAT lelah dan masa seseorang itu mungkin tidak boleh dibayar sepenuhnya dengan wang ringgit, tetapi jika seseorang selebriti itu tidak dibayar gaji selepas menjalani sesebuah penggambaran, pasti masa yang diluangkan itu bagaikan sia-sia.

Pelakon Aprena Manrose kini dikatakan sudah setahun menuntut bayaran daripada pengarah dan penerbit sebuah filem epik yang dikatakan telah menghilangkan diri selepas pelakon tersebut menuntut wangnya.

“Saya tidak akan halalkan walau sesen pun bayaran yang sepatutnya menjadi hak kami sebagai pelakon itu, dunia dan akhirat.

“Jika tak dapat bayaran penuh pun, separuh pun jadilah,” katanya dipetik daripada portal Harian Metro.

Tambah Aprena atau nama sebenarnya Wan Shahera Putri Aprena Wan Syahman, sekitar tahun lalu, dia sudahpun menghubungi pengarah berkenan bagi menuntut bayaran yang dijanjikaan.

Malah, pengarah tersebut turut meminta pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu untuk bertemu sendiri dengannya bagi mendapatkan bayaran.

“Namun, saya tidak setuju kerana tidak adil buat pelakon lain yang sama-sama tidak dapat bayaran dijanjikan.

“Bila saya menolak bertemu dengannya dia terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Aprena tetap berharap agar pihak persatuan artis serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dapat membantu menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera.

Namun, isu tersebut sememangnya sudah dibawa kepada pihak Persatuan Seniman dan FINAS sejak tahun lalu lagi.


“Tapi sampai sekarang, nampaknya masih belum ada penyelesaiannya.

“Saya perlu bersuara lagi kerana perlu menuntut hak kami sebagai pelakon,” kata pelakon berusia 25 tahun itu.

Tambah Aprena lagi, sejak penggambaran filem itu dilakukan pada bulan Jun tahun lalu, dia sudahpun memberikan sepenuh komitmen bagi filem epik dibawah arahan pengarah berkenaan.

Lebih mencabar lagi, kesemua pelakon terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perak demi menjalani penggambaran yang dijalankan pada bulan Ramadan tahun lalu.

Bukan itu sahaja, mereka turut terpaksa masuk ke dalam lumpur, gua dan mandi air dari pili bomba ketika penggambaran dijalankan.

“Kami sudah buat yang terbaik dan sewajarnya kerja keras dihargai penerbit terbabit,” tambahnya.

Walaupun jumlah bayaran sepatutnya diterima hanyalah ribuan ringgit sahaja, tetapi ia tetap jumlah besar bagi pelakon kelahiran Kelantan itu kerana ia merupakan pendapatannya sebagai pelakon. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori