Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Wanita Vietnam Bunuh...

KUALA LUMPUR - Polis dilaporkan berjaya menahan seorang suspek dan sedang memburu dua...

Video Lucah ‘Syafiq Kyle’...

INDUSTRI hiburan negara hari ini digemparkan dengan penularan klip video yang dikatakan memaparkan...

Drama ‘Sakit’ Speaker Cuba...

JAKARTA - Bekas Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto sekali lagi berdrama di mahkamah...

Dasar Dividen Tinggi TNB...

KUALA LUMPUR – Pembayaran dividen yang tinggi oleh syarikat bermodal besar seperti Tenaga...

Shafie Tarik Balik Larangan Terhadap Tian Chua, Izzah

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang baru dilantik, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana menarik balik larangan imigresen terhadapnya dan Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden parti itu.

Tian Chua berkata larangan imigresen yang dikenakan oleh kerajaan terdahulu menghalang mereka daripada memasuki negeri itu, tetapi dengan perubahan kerajaan pemerintah, beliau berharap dapat membina Malaysia yang progresif bersama-sama.

“Saya akan bertemu Datuk (Mohd) Shafie untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau secara peribadi, mungkin pada Ramadan. Saya rasa gembira kerana sekali lagi dapat menemui rakyat di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, selepas memulakan tugas, Mohd Shafie mengarahkan supaya larangan memasuki Sabah terhadap pemimpin daripada Pakatan Harapan (PH) dari Semenanjung ditarik balik.

Tian Chua yang juga Anggota Parlimen Batu selama dua penggal sejak 2008 hingga 2018, juga merakamkan penghargaan kepada pengundi di Sabah dan Sarawak atas sumbangan ‘besar’ mereka terhadap kerusi Parlimen kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.


Beliau berkata gabungan 25 kerusi pelbagai kaum itu membolehkan PH mendapat majoriti selesa semasa PRU14.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Sabah dan Sarawak atas sokongan jelas mereka mengenai agenda reformasi oleh PH dan Warisan,” katanya. – BERNAMA 

Kategori