Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Covid-19: Perkuatkan Imunisasi Tubuh...

*Rencana IklanMUNGKIN satu cara tambahan kepada usaha kita untuk mengurangkan kemungkinan dijangkiti Covid-19...

Dendam Terbalas.. Suami Bunuh...

AKIBAT terlalu sedih dan berang terhadap seekor buaya yang telah membaham isterinya ketika...

Operasi Kesan 6 KRU...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam anak kapal MT Putri...

OKU Dari Kolej Komuniti...

KUANTAN - Muhammad Safiuddin Rosli, pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kolej Komuniti...

Shaheizy, Zizan Turun Padang Bantu Kempen Bung Moktar

SEPERTI sebahagian besar rakyat Malaysia, selebriti tempatan juga tidak ketinggalan menanti penuh debar tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei ini.

Diketahui umum jika sebelum ini, pelakon, Zizie Ezette ‘berkampung’ di Kinabangan, Sabah bagi memberi sokongan padu kepada suaminya iaitu Datuk Seri Bung Moktar Radin sepanjang tempoh berkempen PRU14.

Baca: Sokongan Buat Bung, Zizie ‘Berkampung’ Di Sabah

Kini, giliran adiknya iaitu Shaheizy Sam pula berbuat demikian bagi sama-sama membantu kempen abang iparnya yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen kawasan berkenaan.

Kehadiran suami kepada pelakon cantik, Syatilla Melvin itu ternyata menarik perhatian ramai yang mana rata-rata tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengannya.

Apa yang lebih mengejutkan, Sam tidak berseorangan malah dia turut ditemani oleh pelakon filem Polis Evo iaitu Zizan Razak.

“Saya ke Kinabatangan ini untuk membantu abang ipar berkempen walaupun terpaksa meredah laut dan panas terik,” kata Sam dipetik BH Online.

Shaheizy Sam (tiga dari kiri) membantu kempen calon BN Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin. – Foto STR/HAYATI NASRAH

Menurut Sam, selain berniat untuk melawat negeri di bawah bayu itu, dia sememangnya mahu turun padang untuk bersama-sama menyertai rombongan kempen Bung Moktar di beberapa kawasan di Parlimen Kinabatangan.


“Sebagai adik ipar, ini menjadi satu tanggungjawab untuk turut serta bersamanya. Kami sekeluarga sentiasa menyokong dari belakang dan memberi semangat kepada Bung Moktar.

“Saya teruja melihat sokongan penduduk Kinabatangan kepadanya dan saya juga suka laungan ‘Tatap BN,” ujarnya.

Shaheizy Sam bergambar bersama penduduk ketika membantu kempen calon BN Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin. – Foto STR/HAYATI NASRAH

Tambah Sam lagi, dia yakin bahawa abang iparnya mampu mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan yang disandang pada pilihan raya kali ini.

Pada PRU14 ini, Bung Moktar yang juga Pengerusi Felcra Berhad menghadapi dua pencabar iaitu calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Mustapa Tambuyong dan calon Parti Warisan Sabah, MA Ghazali Abdul Ghani. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori