Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mohan, Vigneswaran Dan Jaspal...

SERDANG - Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan dan Datuk S. A....

BN Tak Perlu Kerjasama...

IPOH - Tiada keperluan untuk BN Parlimen Tambun berkerjasama dengan parti lain untuk...

ELT Boleh Kesan Lokasi...

KUALA LUMPUR -- Emergency Locator Transmitter (ELT) dalam pesawat AirAsia Indonesia penerbangan QZ8501...

Indonesia Contohi Malaysia Uruskan...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo, hari ini, mencontohi kejayaan Malaysia serta beberapa...

Shahrir Samad Letak Jawatan Pengerusi Felda

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Felda berkuat kuasa hari ini.

Surat peletakan jawatan beliau telah dihantar kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Memandangkan saya dilantik sebagai pengerusi Felda oleh kerajaan sebelum ini, adalah wajar untuk saya melepaskan jawatan dalam institusi yang diterajui oleh kerajaan baharu,” katanya.

Shahrir dilantik menjadi Pengerusi Felda pada 6 Jan 2017 untuk menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad yang dilantik sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Shahrir yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas juga gagal mempertahankan kerusi Parlimen Johor Bahru apabila ditewaskan Akmal Nasrullah Mohd Nasir daripada PKR dengan majoriti 19,782 undi.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Felda atas sokongan dan kerjasama baik sepanjang perkhidmatan saya sebagai Pengerusi Felda dalam usaha membawa Felda balik ke asal,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh perkhidmatannya di Felda, pelbagai penambahbaikan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan Felda telah beliau perkenalkan termasuk meningkatkan tadbir urus Felda dan mendapatkan semula keyakinan peneroka untuk kembali kepada sistem pengurusan Felda supaya pengurusan kebun dan komuniti dapat dilaksanakan dengan kemas dan efektif.


“Melalui inisiatif Muafakat Felda yang diperkenalkan pada Ogos 2017, seramai 105,294 orang peneroka telah kembali bermuafakat bersama Felda sehingga Mei 2018,” katanya.

Penambahbaikan lain ialah mendapatkan semula pemilikan tanah Jalan Semarak yang terlepas kepada pihak pemaju KLVC sejak 2016.

Katanya kesemua 16 lot tanah terlibat telah dipindah milik dan didaftarkan semula atas nama Felda pada 8 Mac lepas.

“Bergerak ke hadapan, saya turut telah memperkenalkan Felda 2.0 bagi menaik taraf pelbagai kemudahan dalam rancangan-rancangan Felda untuk generasi baharu agar setanding dengan kemudahan di bandar,” kata Shahrir. – BERNAMA

Kategori